ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 22, 2011

Guru Mursyid


Kita harus mencari seorang Guru Sejati, seorang guru yang ahli untuk menolong kita untuk membina hati kita menjadi suci dan baik.
Bagaimana caranya kita mengenali mursyid yang sahih? Mursyid yang sejati?
Menurut Mawlana Shaykh Abdullah Faiz, langkah pertama untuk mengenali seorang mursyid itu sah atau tidak ialah melalui pakaian luaran dia ( mengikuti seluruh sunah Nabi Muhammad saw). Sekiranya dia sempurna dengan segala-galanya, maka dia telah memenuhi satu tuntutan. Kedua, ialah dalamannya. Bagaimana kita dapat melihat apa yang ada didalam hatinya? Pastikan bahwa dia menghormati semua orang, tanpa diskriminasi – tanpa melihat agama apa yang orang itu menganutnya. Kerana semua orang adalah hamba Allah, Allah Yang Satu. Meskipun mereka itu Muslim, Christian, Yahudi, Hindu, Buddhist dan sebagainya - itu semua bukan urusan dia, kerana mereka semua adalah hamba-hamba Allah. Mursyid yang hakiki mestilah menghormati mereka semua kerana mereka adalah ciptaan Allah, dimana terdapat cahaya Ilahi di dalam diri mereka.
Selain rasa hormat, diapun harus mengasihi mereka. Dia harus mau memberi kepada mereka apa yang dia berikan kepada diri sendiri dan murid-muridnya, walaupun mereka bukan pengikutnya. Dia perlu menunujukkan hormat dan kasih sayang kepada semua. Ketiga, dia mesti merendahkan diri – bahawa dia adalah lebih rendah daripada yang lain. Dia tidak boleh bermegahan dan merasakan bahawa dia adalah yang paling tinggi dari segi derajatnya, karena hanya Allah Yang Maha Tinggi. Sekiranya dia merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada yang lain, maka dia adalah seperti syaitan yang menganggap dirinya lebih tinggi daripada Nabi Adam (as).

Inilah ciri-ciri “dalaman” seorang mursyid yang sahih,seorang Mursyid yang Hakiki. Dari segi luaran, dia mesti berpakaian lengkap ahli Sufi (sunnah Nabi yang lengkap) dan dari segi dalaman, dia harus memiliki tiga ciri-ciri di atas. Sekiranya ternyata guru anda tidak berpenampilan seperti demikian, maka ikutilah dia bila anda merasakan kepuasan bersamanya sebab hal inipun merupakan ciri-ciri Mursyid yang Hakiki, apa yang kekurangan akan dibekalkan. Seandainya anda tidak merasakan hal ini juga, maka carilah mursyid yang lain. Pasti anda akan jumpa.

Guru Mursyid itu mempunyai beberapa ciri-ciri untuk kita ketahui bahawa dialah
guru mursyid. Malah, ulamak sekalipun perlu ia kepada guru mursyid.

Ciri-ciri tersebut  antaranya adalah seperti berikut:
1.  Mursyid itu ilmunya bukan daripada orang lain. Sebenarnya guru mursyid itu diajar oleh Allah menerusi ilmu laduni. Selalunya guru ini, pada awalnya dia belajar dengan manusia juga. Kemudian bila sampai satu tahap, Allah ambil alih untuk didiknya, berinya ilmu. Maksudnya di sini guru itu mendapat ilham. Mendapat ilmu langsung daripada Allah. Dia tidak perlu merujuk kepada sesiapa yang lain. Ilmu yang didapatinya itu pula adalah global serta luas, bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2.  Mursyid itu bukan cakap sahaja. Tetapi dia itu berbuat. Maksudnya apa yang diperkatakannya, yang diajarkannya itu sudah mendarah mendaging dalam kehidupannya. Orang bukan sahaja boleh belajar daripada cakapnya tetapi perbuatannya. Dia adalah contoh kepada anak muridnya. Orang boleh tiru lahirnya seperti cara dia berpakaian, cara dia makan, berkeluarga, bergaul dan bermusafir. Rohaniahnya seperti sabar, kuat jiwa, kasih sayang, pemaaf dan
pemurah. Juga, ibadahnya seperti sembahyang dan puasa. Peribadi Mursyid mendekati peribadi Rasulullah s.a.w.
Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

3. Mursyid itu dia dianugerahkan Tuhan kelebihan. Jika rasul itu ada mukjizat, mursyid itu ada karamah atau kemuliaan, kelebihan istimewa diberikan Tuhan kepadanya, atas ketaqwaannya. Karamah itu ada dua bentuk. Ada karamah lahir. Ada karamah maknawi. Karamah lahir itu dia boleh berjalan atas air. Boleh hilangkan diri. Tetapi ini kurang penting berbanding karamah maknawi. Karamah maknawi itu adalah seperti;
 Boleh mendidik hati manusia dari jahat kepada baik.
 Sangat sabar dengan karenah pengikut.
 Lidahnya masin yakni bila bercakap orang akan dengar.
 Dia boleh mengetahui penyakit hati anak muridnya sebagai panduan mendidik.
 Mendapat berita-berita ghaib sebagai panduan untuk bertindak.


4. Mursyid, dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri.  Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Allah.

Menurut kitab Khozinatul-Asror halaman 194 disebutkan bahwa Guru Mursyid yang sah menjadi pewaris Nabi Muhammad SAW diantaranya adalah :


1. Seorang yang pintar (alim), karena yang bodoh tidak akan mampu memberi Irsyad (Petunjuk)

2. Tidak mencintai dunia dan pangkat

3. Baik dalam mendidik Nafsunya (Riyadlotun-Nafsi), seperti sedikit makan dan minum, serta berbicara dan banyak shalat, shadaqah serta berpuasa.
4. Mempunyai sifat dan akhlaq terpuji, seperti : sabar, syukur, tawakkal, yakin, pemurah, qanaah, pengasih, rawadhu, shiddiq, haya, wafa, wiqor dan syukur (untuk lebih jelasnya lihat kitab tersebut).


Dalam kitab Tanwirul Qulub karangan Syeikh Muhammad Amin Kurdi disebutkan bahwa syarat seorang Guru Mursyid Kamil itu ada 24 syarat, yang ringkasnya adalah Sirah Guru Mursyid tersebut seperti sirah (perilaku) Rasulullah SAW. Diantaranya yang 10 itu adalah seperti berikut:

1. Harus seorang yang alim dalam segala keilmuan yang diperlukankan oleh para murid.
2. Harus seorang yang arif terhadap kesempurnaan kalbu dan adab-adabnya, serta mengetahui segala bencana dan
    penyakit nafsu serta cara menyembuhkannya.
3. Seorang yang lemah lembut, pemurah kepada kaum muslimin, khususnya kepada para muridnya. Apabila melihat
    para muridnya belum mampu untuk melawan nafsunya dan kebiasaannya yang jelak misalnya, Beliau lapang dada
    terhadap mereka setelah menasehatinya dan bersikap lemah lembut kepadanya sampai mereka mendapat 
    petunjuk.
4. Selalu menutupi segala yang timbul dari aib yang menimpa para muridnya.
5. Bersih dari harta para muridnya serta tidak tamak terhadap apa-apa yang ada ditangan para muridnya
6. Selalu melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangan Allah, sehingga segala perkataannya berbekas pada
    diri para muridnya.
7. Tidak banyak bergaul dengan para muridnya kecuali sekedar perlu dan selalu mengingatkan hal-hal yang baru
    dalam hal tarekat dan syari’ah sebagai upaya membersihkan jiwa dan agar beribadah kepada Allah dengan ibadah
    yang benar.
8. Perkataannya bersih dari berbagai kotoran hawa nafsu, senda gurau, dan dari segala yang tidak bermanfaat.
9. Lemah lembut dan seimbang dalam hak dirinya, sehingga kebesaran dan kehebatannya tidak mempengaruhi 
   dirinya.

10. Selalu memberi petunjuk kepada para muridnya dalam hal-hal yang dapat memperbaiki keadaannya.

“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman: “Aku bersama hamba-Ku selagi dia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak-gerak menyebut-Ku.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah) 

Allah amat penyayang pada hambaNya. Maka carilah dengan seikhlasnya, pasti akan Allah berikan seorang mursyid kepada anda. 

Wallahu a'lam

Sumber Nota: Mohamed Ibrahim Maricar

No comments:

Post a Comment