Pengasas Maktab Mahmud
Riwayat Hidup Al-Marhum DYMM Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Tunku Ahmad Tajuddin Al-Mukarram Shah
( Pengasas Maktab Mahmud )
- mahmud alor setar
- maktab mahmud baling
- maktab mahmud bandar baharu
- maktab mahmud kuala muda
- maktab mahmud merbok
- maktab mahmud pendang
- maktab mahmud pokok sena
- Al-Maahad Al-Mahmud ditubuhkan pada hari Jumaat, 29 Rabiul Awal 1355 bersamaan 19 Jun 1936.
- Di beri nama Al-Maahad Al-Mahmud adalah bersempena Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah.
- Objektif penubuhannya adalah bagi memenuhi kehendak dan tuntutan terhadap Agama Islam dan melahirkan generasi terpelajar dalam bidang pengajian Islam.
- Maktab Mahmud mengamalkan dua sukatan kurikulum pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kurikulum Agama.
- Sejarah penubuhannya pada tahun 1936 sehingga tahun 1998 terdapat hanya sebuah Maktab Mahmud Negeri Kedah Darul Aman iaitu Maktab Mahmud Alor Star.
- Pada tahun 2004, 9 buah Sekolah Agama Rakyat telah diambil alih untuk dijadikan Maktab Mahmud Daerah.
- Menjadikan jumlah keseluruhannya 12 buah Maktab Mahmud daerah iaitu Alor Star, Yan, Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Merbok, Kuala Muda, Sik, Baling, Bandar Baharu dan Kulim.
- .
- Pada tahun 1967, Maktab Mahmud telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil. 5 Tahun 1967.
- Melalui Enakmen ini, pentadbiran Maktab Mahmud adalah diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh Lembaga Maktab Mahmud (Lembaga).
- Keanggotaan Lembaga adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, 10 orang ahli yang dilantik oleh Kerajaan Negeri atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.
- Bidang kuasa Lembaga meliputi perkara pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, dan pengurusan pendidikan.
- Lembaga berkuasa membuat dasar, merancang pembangunan dan membuat keputusan berkaitan hal pentadbiran dan perkhidmatan, pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan pendidikan Maktab Mahmud.
Al-Marhum DYMM Tunku Mahmud, putera bongsu kepada DYMM Sultan Ahmad Tajuddin dan ayahanda saudara kepada DYMM Sultan Badlishah. Paduka bondanya ialah Wan Ajar atau lebih terkenal dengan nama Wan Besar. Diputerakan pada tanggal 27 Rabiulawal 1293 H, di Alor Setar, Kedah. Paduka ayahandanya mangkat ketika Al-Marhum berusia 6 tahun. kemudian baginda dipelihara pula oleh saudaranya Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Semasa usianya meningkat 14 tahun, Al-Marhum telah dihantar ke Bangkok untuk mempelajari bahasa Siam. Selepas 3 tahun Al-Marhum kembali ke Kedah dan mempelajari pelajaran agama daripada ulamak-ulamak yang terkenal pada masa itu sehingga sampai kepada masa kedua-dua Sheikhul Islam iaitu Sheikh Muhammad Taib dan Haji Wan Sulaiman.
Sebelum tahun 1325 H., Al-Marhum memegang jawatan Inspektor General Police Kedah. Disebabkan mempunyai kelayakan, Al-Marhum kemudiannya dilantik menjadi President State Council Negeri Kedah pada 24 Januari 1907 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1325 H. Al-Marhum pernah melawat ke England pada tahun 1911 M/1011 H bersama saudaranya Sultan Abdul Hamid kerana menyaksikan istiadat pertabalan King George V. Selain itu, Al-Marhum pernah melawat Mesir, Palestin, Khourtum ( ibu Negara Sudan ), dan beberapa kawasan lain di Benua Afrika. Pada tahun 1924, Al-Marhum telah dikurniakan pingat C.M.G. daripada pihak British. Al-Marhum dilantik menjadi Regent selepas mangkatnya Al-Marhum YTM Tunku Ibrahim putera sulong kepada Sultan Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 1 Ramadhan 1356 Hijrah.
Sebagai salah seorang pencinta agama, maka Al-Marhum sangat berusaha memberi pelajaran agama kepada anak-anak negeri, memajukan agama Islam, bersama-sama dengan Haji Wan Sulaiman bin Sidek. Hasil daripada pengorbanan Al-Marhum untuk menyebarkan agama Islam, maka Al-Marhum telah berusaha mendirikan sebuah sekolah agama iaitu Al-Maahad Al-Mahmud pada 1355 Hijriah. Baginda juga merupakan orang yang berperanan penting dalam penubuhan Masjid Zahir di Alor Setar yang telah didirikan hasil daripada pungutan wang zakat fitrah.
Selain itu, banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kebajikan Islam telah dikendalikan Al-Marhum semasa hidupnya. Baginda telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Ramadhan 1355 Hijriah bersamaan 5 November 1937.
- Sumber daripada Majalah ILHAM
Penubuhan Lembaga
Maktab Mahmud merupakan sebuah sekolah yang dibiayai oleh Kelajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah. Maktab Mahmud ditadbir oleh sebuah organisasi iaitu Lembaga Maktab Mahmud. Lembaga Maktab Mahmud ditubuhkan pada tahun 1967 oleh pihak kerajaan negeri Kedah Darulaman menurut enakmen Lembaga 1967 yang bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini.
OBJEKTIF PENUBUHAN LEMBAGA MAKTAB MAHMUD
Lembaga Maktab Mahmud ini ditubuhkan bertujuan untuk melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah ini demi mempertingkatkan ilmu pengetahuan. Di samping dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam serta menjalankan prinsip-prinsip pendidikan negara.
Lembaga ini berfungsi melantik pegawai-pegawai dan ketua jabatan yang tertakhluk kepada Enakmen Lembaga Maktab Mahmud Bil.5 1967. Lembaga Maktab Mahmud ini juga telah menubuhkan jawatankuasa kecil dan menyelaraskan pentadbiran.
JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TENDER menguruskan Kumpulan Wang Lembaga Maktab Mahmud bagi pihak Maktab Mahmud mengikut seksyen 9 (B) maktab Mahmud 1967.
- JAWATANKUASA PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN
Menguruskan sistem pembelajaran Maktab Mahmud
Merancang strategi kurikulum, program dan exam
Menyelaras pengambilan mata pelajaran.
Menyelaras strategi pelaksanaan kurikulum dan ko- kurikulum
- JAWATANKUASA PENERIMAAN PENUNTUT BARU
Menyelaras sistem pengambilan penuntut-penuntut baru di Maktab Mahmud.
- JAWATANKUASA ASRAMA
Menyelaras urusan asrama
Menggubal peraturan yang bersesuian
- JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN WAKAF
Menyelaras Perancangan dan Projek Pembangunan di Maktab Mahmud.
- JAWATANKUASA PERJAWATAN
Memastikan keperluan jawaatan, kenaikan pangkat
Sebagai panel temuduga
- JAWATANKUASA TATATERTIB
Memastikan disiplin penuntut di sekolah dan asrama
19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni
Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and
Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan
Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu
Tujuan utama Baginda adalah untuk menjadikan sebagai pusat penyebaran agama Islam,
Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula Baginda berpendapat
Negeri Kedah memerlukan Kolej Islam setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada
masa itu, sistem pendidikannya menggunakan sistem pendidikan Mesir (Al-Azhar) [1].
Sumbangan Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang
Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang
telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi
oleh Sultan Kedah. Maktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja
semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972. Sekolah Agama Tarbiah
Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah
pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967.
Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran,
kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain. Bermula dari penyatuan itu, Maktab
Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.
No comments:
Post a Comment