*# antara harapan,perasaan dan kenyataan . MY BLOG , I AM THE BOSS #*
ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.
Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
Wednesday, May 2, 2012
Petua Untuk Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Pilihan 1: Rendamkan beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Sebelum tidur, lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. Rahim anda mengecut dan seperti sedia kala. Elakkan memakan nanas.
Pilihan 2: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.
Pilihan 3: Selepas bersalin anda dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah. Minumlah selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal.
Petua Mengatasi Puting Datar atau Tenggelam
Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya. Jika tidak dirawat, lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan akhirnya tidak mahu menyusu.
Ada beberapa untuk merangsang puting keluar:
Nipplet - Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi. Urutan - Selain itu, anda boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama 2 minit. Pada masa yang sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan anda tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.
Pam Payudara - Anda juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan sahaja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.
Breast Shell - Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.
Teknik Hoffman - Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Nipple Shield - Cara ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan “nipple shield” sebagai pengganti puting anda yang tenggelam. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.
No comments:
Post a Comment