ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, July 20, 2011

maksud sanad dan perawi

MAKSUD SANAD

Perkataan Sanad bermaksud kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada guru al-Quran yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w. 

 Sanad ialah silsilah atau rangkaian perawi yang meriwayatkan hadis hingga bersambung kepada matan (frasa).
Matan pula ialah ungkapan hadis setelah berakhirnya nama-nama perawi-perawi yang meriwayatkan hadis itu.

Contohnya, hadis yang diriwayatkan oleh imam hadis seperti al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Lafaz hadis ini terdapat di dalam Sunan Abu Daud.

Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi masjid-masjid ALLAH."

Ungkapan 'Sulaiman telah menceritakan kepada kami, Hammad telah menceritakan kepada kami, dinukilkan daripada Ayyub, dinukilkan daripada Nafi', dinukilkan daripada Ibn Umar r.a katanya' inilah dinamakan sanad.

Manakala ungkapan 'janganlah kamu menghalang pemakmur-pemakmur ALLAH dari mendatangi rumah-rumah ALLAH (masjid)' ini pula dinamakan matan.
  
Pada zaman ini sanad kesinambungan ini dibuktikan dengan adanya dokumen (yang digelar ijazah) yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketepatan bacaan al-Quran. Ijazah tersebut akan menyatakan Qiraat, Riwayatdan Turuq sesuatu bacaan yang diijazahkan kepada muridnya.



Maksud Perawi Hadis
Perawi Hadis ialah orang yang menerima dan menyampaikan Hadis daripada Rasulullah S.A.W.

Syarat-syarat seorang perawi hadis
i-                    Islam                      v-         Kuat hafazan
ii-                  Berakal                  vi-        Menjaga tulisan
iii-                 Baligh                     vii-       Waspada
iv-                Adil

Kita perlu mengetahui syarat-syarat perawi hadis kerana:
i-                    Dapat membezakan di antara perawi yang benar dengan perawi yang dusta
ii-                  Dapat membezakan hadis yang benar dengan hadis yang palsu

No comments:

Post a Comment