ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 22, 2011


  • RENUNGAN: SIAPA GURUMU?

    GURU adalah seorang yang ahli dalam bidangnya lalu dapat mengajar, mendidik, mengasuh serta membimbing seseorang lain (murid) kepada ilmu yang benar yakni ilmu yang menjadi petunjuk buat sang murid bersesuaian dengan kebolehan penerimaan AKAL dan kehendak HATI sang murid itu sendiri.

    Jika AKAL kita yang menilai dapat menerima kebenaran ilmu yang diajar oleh seseorang itu, dan HATI kita yang menyaksikan menyakini pula kebenaran ilmu tersebut, lalu jadilah ia petunjuk buat TUBUH BADAN kita yang menerima ilmu yang diajar oleh seseorang itu. Yakni kita dengar dan kita patuh akan nasihatnya. Dan layaklah seseorang itu dipanggil oleh kita sebagai GURU.

    Tapi jika AKAL kita yang menilai tidak dapat menerima kebenaran ilmu yang diajar oleh seseorang itu, dan HATI kita yang menyaksikan tidak menyakini pula kebenaran ilmu tersebut, tiadalah ia jadi petunjuk buat TUBUH BADAN kita yang menerima ilmu yang diajar oleh seseorang itu. Yakni kita takkan dengar dan kita takkan patuh akan nasihatnya. Dan tiadalah layak seseorang itu dipanggil oleh kita sebagai GURU. GURU kepada manusia lain tidak semestinya GURU kepada kita. Jadi SIAPA GURU yang sebenar-benar GURU....seseorang itu ataupun kita?

    Jawapnya, kita sendirilah GURU kepada kita. Kita yang membimbing AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita sama ada ingin menuju ke arah kebaikan atau sebaliknya dimana segala perbuatan gerak geri diam TUBUH BADAN kita ikut petunjuk kata AKAL dan kata HATI kita sendiri. Tiada seorang pun yang dapat memberi petunjuk untuk mengerakkan atau mendiamkan AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita tanpa kehendak kita. Orang lain cuma boleh memberi pandangan dan nasihatnya sahaja dengan harapan agar memberi bekas (kesan) pada AKAL, HATI dan TUBUH BADAN kita.

    Adapun pada setiap manusia itu ada tiga GURU yang sentiasa mengawasinya setiap masa yakni:

    AKAL kita itulah GURU GHAIB
    HATI kita itulah GURU BATIN
    TUBUH BADAN kita itulah GURU ZAHIR..

    Dan seorang GURU yang MURSYID itu sentiasa meletakkan ALLAH dan MUHAMMAD dihadapannya dalam setiap urusan hidupnya. Maka latihlah AKAL kita, HATI kita dan TUBUH BADAN kita agar menjadi GURU yang MURSYID dengan sentiasa meletakkan ALLAH dan MUHAMMAD dihadapannya dalam setiap urusan hidup kita sendiri. Sebab itu dizaman sekarang terlalu sukar untuk dicari GURU yang MURSYID kerana kebanyakkan AKAL, HATI dan TUBUH BADAN sudah tidak mengikut sebagaimana hak yang ALLAH dan MUHAMMAD kehendaki.

    Adapun sebenar-benar GURU MURSYID adalah ALLAH sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi MUHAMMAD yang mana Baginda Shallallahu 'alaihi Wasallam menerima tunjuk ajar dari ALLAH sendiri. Jadi sekarang..SIAPA GURUMU?
    13 September at 16:06
  • Siratul Mustaqeem 
    Sebenar2 Guru Mursyid adalah seorang yang buta dan membimbing si si buta untuk tidak buta.Guru Mursyid yang buta adalah guru yang tidak membutakan dirinya selain dari memandang dzat Allah dan sentiasa membimbing muridnya yang buta dari terus untuk memandang Allah.Jadi di sini bagaimana orang yang buta ingin mempelajari dari akalnya jika tidak berguru?Dan bagaimana pula ilmu yang akan dipelajari kelak dapat dirasa oleh hati?Dan seterusnya bagaimana tubuh dapat menghindari dari kemungkaran jika hati tidak dititip oleh ilmu dari Guru Murshid??

    Dengan bimbingan Guru Mursyid tersebut dapatlah murid itu mempelajari teknik untuk membersihkan hati,akal dan tubuh dengan sentiasa melakukan taubat.seterusnya dengan garapan dan titipan pancaran nur mursyid itu dapatlah murid itu mendapat natijah dan ilmu rasa apabila ilmunya itu diredhai dan dirahmati oleh mursyid dan Allah.

    jadi jelas disni seorang murid masih perlu mendapat bimbingan guru mursyid dan bukan hanya mempelajarinya dengan diri sendiri.Jika tuan mendapat ilmu tuan dengan sendiri maka tiadalah ilmu itu ilmu yang haq lagi tersirat yang dapat dipancarkan dari dalam qalbu tuan.

    bagaimana tuan katakan yang hati tuan adalah guru batin?apa yang hati ajar kepada tuan??bagaimana hati tuan berkata kata dengan tuan??adakah tuan yakin dengan kata2 hati tuan tanpa merujuk kepada orang yang arif(guru mursyid)??jika begitu ikut hati mati ikut rasa binasalah tuan....
    16 September at 13:08
  • Azham Hasan 
    Tuan Siratul Mustaqeem yg dimuliai, pd pdapat kami hanya guru yg celik dpt mbimbing ke anak murid yg buta ke jalan yg benar lagi lurus. Dan tentu amat sukar bg seorg guru yg buta nak mbimbing anak murid yg juga buta ke jalan yg benar lagi lurus. Dalilnya Tuhan sudah berikan, suruhlah org buta memimpinmu melintasi sebuah jalan raya yg sibuk? Adakah tuan boleh bgantung harap berkeyakinan yg si guru buta dpt mbawa tuan melintasi jalan raya tersebut dgn selamat?

    Tuan, ilmu Allah Taala berikan kpd makhluknya dgn pelbagai cara. Tidak mustahil bg Allah utk mberikan melalui dgn apa cara sekalipun. Berguru dgn manusia melalui cara yg tuan katakan itu cuma salah satu di antara. Carilah lagi wahai tuan yg dimuliai pelbagai cara bgaimana ilmu itu boleh disampaikan..yg paling selamat lagi benar adalah cara berguru yg telah ditunjukkan oleh penghulu kita Nabi Muhammad SAW!

No comments:

Post a Comment