ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, November 22, 2011

Syeikh Wan Ismail Assyattari

KETAHUI LAFAZ SULTANUL- ASMA(ALLAH).
Lafaz ALLAH pada ejaan jawinya ada empat huruf iaitu ALIF,LAM,LAM,HA.Maka yg empat huruf ini menjadilah maqam tauhid yg empat yakni ISTANA YANG EMPAT.

1.Maqam tauhiduz-Zat istananya pada Alif 
2.Maqam tauhidus-Sifat istananya pada Lam awal 
3.Maqam tauhidul-Asma istananya pada Lam yg kedua 
4.Maqam tauhidul-Afa`al istananya pada Ha...
Ada pun ertinya istana pada maqam yg empat itu yakni tempat tajalli ZaT Allah SWT. Wallahu a`lam.




ADA BEBERAPA PERKARA MENGENAI WUJUD YANG PERLU DI FAHAMI IAITU 
1.WUJUD MUTLAQ 2.WUJUD MAHUDHA 3.WUJUD HAQ TAALA 4.WUJUD IDHOFI 5.WUJUD AM 6.WUJUD MUQAYAD.....
ibarat kaca tempat menyatakan yang di dalam cermin itu(makhluk sekelian alam).Wallahu`alam.




La itu sifat nafsiah kalimah iman.Ilaha itu sifat salbiah kalamah islam.Illa itu sifat maani kalimah tauhid.Llah itu sifat ma`anawiyah kalimah makrifat.Kalimah iman itu pada hati kita,kalimah islam itu pada tubuh kita,kalimah tauhid itu pada nyawa kita,kalimah makrifat itu pada rahsia kita.Wallahu`alam bissawab.




Batin syariat itu hati kajiannya bernama tasauf.
Batin thariqat itu nyawa kajiannya bernam rohani.
Batin hakikat itu Nur kajiannya bernama nurani.
Batin makrifat itu wujudullah kajiannya bernama Ilahiyyah
dan rahsia ilmu uluhiyyah itu sirrul-wujud dan wahdatul-wujud 
atau di kenal dgn istillah Fana`-ul -Fana` atau Baqa`-ul-Baqa`.





Makrifat qalbun itu yakni renungan hati.Makrifat roh itu yakni renungan roh.Makrifat siir itu yakni renungan rahsia.Makrifat daim itu yakni renungan mengenal diri.Makrifat hulul dan makrifat ittihad itu yakni renungan wahdatul wujud.Setinggi- tinggi makrifat itu dinamakan kasyaf.Sebaik baik makrifat itu di namakan zauq.Semulia-mulia makrifat itu dinamakan majzub.






Islam ialah apa yang dikerja oleh jasad
Iman ialah apa yang diingat oleh hati
Tauhid ialah apa yang diyakin oleh hati
Makrifat ialah apa yang diketahui oleh fuad.





MAKRIFAT:Makrifat pada syariat itu maklum.Makrifat pada Tareqat itu mengenal segala yang khatir di dalam hati.Makrifat pada hakikat itu dengan Kasyaf,dengan Zauq dengan Wujdan dan dengan Majzub dengan Laduni.Membezakan di antara Tajalli Jalal dengan Tajalli Jamal.Membezakan antara Tanzih(yang batin) dengan Tasybih(Yang Zahir).

No comments:

Post a Comment