ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, October 23, 2012


PUSAT PENYELIDIKAN KELUARGA, REMAJA DAN KANAK-KANAK (FACE)
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA

FACE adalah singkatan kepada Family, Adolescent and Child Centre of Excellence. FACE telah ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah pusat kecemerlangan (CoE) UPM.  Kini pusat kecemerlangan ditukar nama kepada pusat penyelidikan dan FACE dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-kanakFACE diterajui oleh satu kumpulan penyelidik yang berdedikasi untuk menyumbang kepada kesejahteraan negara melalui pembangunan keluarga, kanak-kanak dan remaja yang holistik. Fungsi utama FACE adalah untuk:

-   Menjalankan penyelidikan dalam bidang keluarga, kanak-kanak dan remaja di Malaysia.
-   Menjadi pusat rujukan dalam bidang keluarga, kanak-kanak dan remaja di Malaysia.
-   Memberi latihan kepada pendidik kanak-kanak peringkat awl.
-   Menyebarkan maklumat dan hasil penyelidikan melalui penerbitan, latihan, bengkel, seminar/ persidangan.
-   Menyediakan perundingan dan perkhidmatan kepada agensi kerajaan dan swasta, dan orang awam.

Bidang fokus FACE merangkumi perkembangan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak peringkat awal, perkembangan dan risiko psikososial remaja, perkahwinan dan perhubungan keluarga, dan keibubapaan. Antara kajian yang telah/ sedang dijalankan oleh penyelidik FACE adalah:
-         Faktor risiko kesihatan mental kanak-kanak.
-         Home Emergent Literacy package for Kids.
-         Kesejahteraan biopsikososial remaja.
-         Seksualiti remaja.
-         Kemurungan remaja.
-         Kanak-kanak dan remaja lari dari rumah.
-         Identiti dan kecerdasan emosi remaja berisiko.
-         Play therapy.
-         Kualiti perkahwinan.
-         Keibubapaan.

SCORE

SCoRE adalah singkatan kepada Sustainable Consumption Research Centre. SCoRE telah ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai sebuah pusat kecemerlangan (CoE) UPM dan dikenali sebagai Pusat Kecemerlangan Kajian Penggunaan Lestari (PKKPL) pada masa itu. Pada tahun 2012, Pusat kecemerlangan telah ditukar kepada pusat penyelidikan dan dari situ terhasilnya nama baru bagi SCoRE. SCoRE diterajui oleh sekumpulan penyelidik bagi memastikan visi dan misi SCoRE terlaksana.
Visi :
Menjadi sebuah pusat penyelidikan berkaitan penggunaan lestari yang aktif dan cemerlang.
Misi :
Meningkatkan kualiti hidup pengguna Malaysia melalui aktiviti penyelidikan, pendidikan, advokasi, dan menubuhkan jaringan kerja dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara.
Fungsi ScoRE adalah untuk:
  • Menerajui penyelidikan tingkah laku penggunaan lestari.
  • Menjadi pusat rujukan utama maklumat berkaitan penggunaan lestari
  • Menyediakan peluang penyelidikan bagi pelajar yang mengikuti program dalam bidang Pengajian Pengguna
  • Menyebarkan maklumat dan berkongsi hasil penyelidikan melalui aktiviti penulisan, seminar, bengkel dan perkonsian bijak
  • Menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada pelbagai agensi dan kementerian
  • Bekerjasama dengan institusi dalam dan luar negara melalui aktiviti pertukaran program dan penyelidikan.
Penyelidikan
Terdapat dua bidang pengkhususan utama penyelidikan yang dijalankan secara berterusan dibawah ScoRE iaitu
  • Gaya Hidup Lestari
Dalam Gaya Hidup Lestari terdapat dua fokus utama penyelidikan iaitu Gaya Hidup Lestari dan Pengurusan Sumber.
  • Perlindungan dan Keselamatan Pengguna
Dua fokus utama penyelidikan dibawah Perlindungan dan Keselamatan Pengguna adalah Perlindungan Pengguna dan Keselamatan &Penilaian Barangan/Perkhidmatan Pengguna.
SCoRE juga menjalankan penyelidikan longitudinal dengan kerjasam pelajar Bacelor Pengajian Pengguna iaitu:
  • Pola Perbelanjaan Musim Perayaan
  • Pola Perbelanjaan Awal Persekolahan
  • Gaya Hidup dan Penggunaan Lestari
  • Kesejahteraan Kewangan Pengguna

No comments:

Post a Comment