ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, May 30, 2011

Petua Untuk Cepat Di Pinang Orang
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama 3 hari berturut-turut.



Petua Untuk Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit.




Petua Untuk Kecantikan Muka

  1. il kulit telur dan bersihkanlah dahulu.
  2. Kemudian, kisar kulit telur itu sehingga halus seperti debu.
  3. Seterusnya, campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
  4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tetapi, pastikan muka anda sudah dibersihkan terlebih dahulu.
  5. Sambil anda menyapu bedak sejuk itu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.


Petua Untuk Melegakan Sakit Kepala
Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Sakit kepala anda akan hilang serta merta.




Ayat Untuk Melembutkan Hati
Amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.



Petua Islam Untuk Menurunkan Darah Tinggi
1. Buat 2 rakaat solat hajat mohon pada Allah s.w.t.
2. Ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi dan masukkan ke dalan segelas air. Minum 3 kali sehari.





Petua Untuk Melansingkan Badan
1. Dua biji lobak merah dipotong
2. Sebiji mentimun segar
3. Sebiji limau nipis
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum. Amalkan 2 kali sehari,setiap pagi dan malam.

No comments:

Post a Comment