ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, February 4, 2011

Sejarah perjuangan Patani

Pergerakan menuntut pembebasan di kalangan orang Melayu Islam di Patani
bertambah di tengah-tengah tentangan terhadap dasar kerajaan siam mahu
mengasimilasikan mereka dalam budaya Buddha/Siam. Gerakan penentangan itu
mulanya dipimpin oleh golongan istana. Ia kemudian beralih kepada golongan
pemimpin agama yang menjadi tulang belakang politik pemisahan di Patani dalam
tahun-tahun 1970-an. Sejarahnya dapat disusur kembali kepada sekitar 200 tahun
lalu sejak kerajaan Siam menjajah kerajaan Patani, yang kini terdiri daripada
empat wilayah di selatan Thailand. Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam
di selatan Thailand dapat dibahagikan kepada empat zaman. 


1: PERLUASAN KUASA KERAJAAN SIAM (1785-1867)
Pada tahun 1785: Di bawah pemerintahan Rama I, Siam menakluki Patani. Kedah
ditawan semula, Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah pinggiran (tributary
states).
Pada tahun 1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh
wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Rahman dan Rangae.
Pada tahun 1832: Rahman (dekat sempadan Thailand-Perak), mengisytiharkan
menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi
dipatahkan.
Pada tahun 1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Rahman dan Rangae bekerjasama
dengan pemberontak Kedah.
Pada tahun 1839: Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu,
Perlis dan Satun. Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan kedua-dua negeri itu. 


2: PENTADBIRAN BIROKRATIK SIAM (1868-1931)
Integrasi secara paksa bermula.
Pada tahun 1897: Siam dan Britain menandatangani satu persetujuan secara
rahsia. Bangkok berjanji tidak akan memberi keistimewaan kepada sebarang kuasa
asing tanpa persetujuan Britain; Britain pula menyokong kekuasaan Siam ke atas
negeri-negeri Melayu.
Pada tahun 1901: Tujuh wilayah Melayu di selatan disatukan, berpusat di
Pattani. Bangkok campur tangan dalam pemilihan raja di wilayah selatan. Tengku
Abdul Kadir, Raja Patani, ketuai bantahan dan usaha mendapatkan simpati
Britain.
Pada tahun 1902: Tengku Abdul Kadir ditangkap.
Pada tahun 1906: Tujuh wilayah di selatan disusun semula menjadi empat wilayah:
Patani, Yala, Saiburi (Teluban) dan Narathiwat.
Pada tahun 1909: Britain mendesak Siam menandatangani Perjanjian Anglo-Siam.
Hasilnya, kuasa Siam ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis diserahkan
kepada Britain. Sebagai gantinya, Britain mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas
negeri Melayu di utara Malaya.
Pada tahun 1922: Petani di wilayah Patani bersatu menentang kerajaan Siam.
Pada tahun 1932: Siam menjadi negara raja berperlembagaan. Setiap wilayah di
selatan dianggap hanya sebuah daerah Thailand dan diletakkan di bawah
penyeliaan Kementerian Dalam Negeri di Bangkok. 


3: SIAM DI BAWAH SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN (1932-1948)
Siam mengasimilasikan orang Melayu yaitu menyerap orang Melayu dalam budaya
Buddha Siam melalui dasar mengajar sejarah dan bahasa Siam di sekolah.
Pada tahun 1938: pemerintahan tentera pimpinan Phibul Songkhram memaksa
asimilasi dengan cara :
a. Bahasa dan budaya Melayu ditindas.
b. Hukum perkahwinan dan faraid diketepikan.
c. Pakaian Melayu diharamkan dan pakaian Barat diwajibkan.
d. Penduduk Melayu dipaksa mempunyai nama Siam.
e. Mengunyah sirih diharamkan.

No comments:

Post a Comment