ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, February 4, 2011

Konsumerisme


Konsumerisme adalah paham atau ideologi yang menjadikan seseorang atau kelompok melakukan atau menjalankan proses konsumsi atau pemakaian barang-barang hasil produksisecara berlebihan atau tidak sepantasnya secara sadar dan berkelanjutan. Hal tersebut menjadikan manusia menjadi pecandu dari suatu produk, sehingga ketergantungan tersebut tidak dapat atau susah untuk dihilangkan. Sifat konsumtif yang ditimbulkan akan menjadikan penyakit jiwa yang tanpa sadar menjangkit manusia dalam kehidupannya.

Kategori: Ideologi ekonomi | Filsafat sosial


Kepenggunaan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Postmodenisme
didahului Modenisme


Kepostmodenan
Falsafah postmoden
Seni bina postmoden
Seni postmoden
Wayang postmoden
Kesusasteraan postmoden
Muzik postmoden
Teater postmoden
Teori kritikal
Globalisasi
Kepenggunaan
Minimalisme
Minimalisme muzik

Kepenggunaan atau konsumerisme (bahasa Inggeris: consumerism) ialah penyamaan kebahagiaan peribadi dengan pembelian barang kebendaan serta penggunaannya. Istilah itu seringnya dikaitkan dengan kritikan tentang penggunaan, dengan perkembangan ini dimulakan oleh Karl Marx danThorstein Veblen.
Kelas menengah yang baru muncul pada peralihan abad ke-20, tajuk penyelidikan Veblen, tercapai menjelang akhir abad ke-20 menerusi prosesglobalisasi. [1]
Dalam bidang ekonomi, kepenggunaan merujuk kepada dasar ekonomi yang menekankan penggunaan. Dari segi mujarad, ia merupakan kepercayaan bahawa pilihan bebas pengguna harus menentukan struktur ekonomi sesebuah masyarakat (berbeza dengan Produserisme (kepenggeluaran), khususnya dari segi istilah British).
[sunting]Sejarah
Kepenggunaan seringnya berkait dengan dunia Barat, tetapi sebenarnya bersifat berbilang budaya dan tidak bergantung kepada kawasan geografi. Orang yang membeli dan menggunakan barang yang melebihi keperluan asasnya adalah sesuatu perkara yang wujud sejak tamadun pertama (sila lihatMesir Kuno, Babylon, dan Rom Kuno, misalnya). Sejak permulaan kepenggunaan, berbagai individu dan kumpulan telah sengaja mencari-cari gaya kehidupan yang alternatif menerusi kehidupan sederhana.
Penggunaan lagak, istilah dan konsep yang lebih lama, berasal pada peralihan abad ke-20 dalam karya ahli sosiologi dan ahli ekonomi, Thorstein Veblen. Istilah itu memerihalkan jenis kelakuan ekonomi yang tidak rasional dan membingungkan. Cadangan Veblen yang pedas bahawa penggunaan yang sia-sia merupakan sejenis bentuk pameran kekayaan telah dijadikan pemerhatian lucu yang samar-samar seperti yang berikut:


"Adalah lebih benar tentang pakaian berbanding dengan kebanyakan barang penggunaan yang lain bahawa manusia sudi mengalami kekurangan keperluan hidup yang lain supaya mampu membeli apa yang dianggap mereka sebagai jumlah penggunaan sia-sia yang memuaskan; oleh itu, tidaklah jarang kejadiannya bahawa dalam keadaan iklim yang buruk, orang akan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan supaya kelihatan berpakaian anggun." (The Theory of the Lesiure Class (Teori Kelas Mewah), 1899).


Istilah "penggunaan lagak" tersebar untuk memerihalkan kepenggunaan di Amerika Syarikat pada dekad 1960-an, tetapi tidak lama kemudian dikaitkan dengan perdebatan tentang teori media, penyesakan budaya, dan ekorannya, produktivisme.
Sedangkan kepenggunaan bukannya fenomena yang baru, ia tersebar luas pada sepanjang abad ke-20, khususnya pada dekad-dekad kebelakangan ini. Pengaruh kapitalisme neoliberaltelah menyebabkan warganegara di negara-negara kapitalis menjadi terlalu kaya, berbanding dengan mereka yang hidup di bawah sistem-sistem ekonomi yang lain.
[sunting]Rujukan
  1. ↑ Veblen, Thorstein (1899): The Theory of the Leisure Class: an economic study of institutions, Dover Publications, Mineola, N.Y., 1994, ISBN 0-486-28062-4. (boleh juga didapati di eteks Projek Gutenberg)
[sunting]Puatan luar
  • Marketplace: Consumed with consumption interview with Benjamin Barber, author of Consumed
  • "Consumerism in China" by British Photojournalist Sean Gallagher
  • AdBusters, anti-consumerism magazine
  • The Disaffected Individual by Bernard Stiegler
  • Fifty Possible Ways to Challenge Over-Commercialism by Albert J. Fritsch, SJ, PhD
  • Spiritual Materialism and the Sacraments of Consumerism: A View from Thailand
  • The Religion of Consumerism (First Unitarian Church of Rochester sermon)
  • The New Anti-Consumerism
  • For teachers:Introductory lecture notes on consumerism available
  • Baudrillard; Consumerism, simulacro y régimen de mortandad en el Sistema de los objetos by Adolfo Vasquez Rocca PhD | in Eikasia

Kategori: Kepenggunaan

  • Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:07, 22 Disember 2009.

No comments:

Post a Comment