Tuhan...
lantai derita ini aku yang reka,
mahligai maut ini aku yang bina,
kerdipan kemewahan yang menggila ; aku rajanya...
kerana Kau kulupa dengan sengaja .
Tuhan...
dengarlah pengakuanku ini,
aku hanyut dalam lautan dosa,
terduduk di kaki kekafiran,
terhumban dalam longkang kehinaan,
namun...
kau masih tetap menerima diriku,
masih tetap mengurniakan nikmatMu.
Tuhan,
dalam sisa nafas aku berteleku,
ampuni aku hambaMu,
ampuni aku demi janjiku,
ampuni aku dengan sifat Ar-Rahman Mu,
hanya Kau yang satu!
No comments:
Post a Comment