Komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. Ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia. Hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini. Pastinya ada komen dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut.
No comments:
Post a Comment