ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Wednesday, November 24, 2010

Kekasih Kita Bukan Milik Kita...

Kita harus fikir dan pasakkan kuat-kuat dalam hati kita bahawa diri kita ini Allah yang punya. Bukan ibu. Bukan ayah. Allah yang berhak ke atas kita. Jadi kekasih yang kita dambakan, bahkan isteri atau suami yang benar-benar kita cintai itu, bukanlah milik kita. Kita ni meminjam sahaja. Allah yang punya. Maka DIA  berhak buat segala sesuatu. Dia berhak beri cinta, dia juga berhak tarik balik cinta itu. Perlu ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu, belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. Dan apa yang dirasa aib dan menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. Sesungguhnya apa yang Allah s.w.t. buat untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Dari situ kita akan mula belajar erti redha.

No comments:

Post a Comment