ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, June 2, 2017

LIMA AGENDA RANCAKKAN EKOSISTEM HALAL NEGARA


07 RAMADHAN 1438 H
02 JUN 2017

Bagi merancakkan lagi ekosistem halal di negara ini pada masa ini, kerajaan sedang menggerakkan 5 agenda penting untuk tempoh 2018 hingga 2020 iaitu:-

1⃣Memperkasakan Halal Professional Board (HPB) di peringkat antarabangsa untuk melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang halal.

2⃣Menubuhkan International Halal Authority Board (IHAB) yang dapat mengharmonikan semua autoriti halal dunia dalam pensijilan halal.

3⃣Membentuk Halal International Research Academy (HIRA) yang belum pernah lagi terdapat di rantau ini.

4⃣Mewujudkan Malaysia Institute Halal Academy (MIHA) untuk melahirkan generasi teknokrat dalam industri halal.

5⃣Menubuhkan Halal Innovation and Technology Centre (HITeC) untuk mengembangkan lagi tahap kreativiti dan inovasi dalam industri halal.

"Majlis Halal Malaysia turut memutuskan, Malaysia menganggotai Lembaga Pengarah Standard dan Metrology Insitute for Islamic Countries (SMICC) mulai tahun ini selaras dengan peranan aktif kerajaan dalam pembangunan standard dan akreditasi halal global"

"Bagi tempoh lima bulan tahun 2017 sebanyak 977 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diterima dan sebanyak 966 atau 98.8 peratus yang telah diluluskan oleh JAKIM menerusi program 'Halal Fast Force' "

(Rangkuman dan sumber akhbar Utusan Malaysia, 02 Jun 2017)

Ikuti pelbagai info halal semasa di akhbar-akhbar tempatan:-

http://bit.ly/KeratanAkhbarBHH

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
@MyJakim

No comments:

Post a Comment