ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, April 24, 2017

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text

CHECKLIST UNTUK IMPROVE MODEL/THEORY
Mungkin ada rakan-rakan yang perlu menambahbaik model untuk disesuaikan dengan konteks kajian mereka.. Di sini, saya cuba sertakan example yang simple on apa yang perlu dinyatakan dalam proses modifikasi model/teori... certainly ada byk style, kalau boleh guna dan rujuk yang ini untuk penulisan, Alhamdulillah, kalau tidak, tidak mengapa, saya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang ada.. moga manfaat.. :)
Model utama yang akan digunakan
Model A
Latarbelakang Model A
Digunakan bagi mengukur tahap pengunaan internet dalam kalangan pekerja organisasi
Empat IV – facilitating condition, attitude, performance expectancy, self-efficacy
Satu mediator – behavioural intention
Empat moderator – voluntariness of use, gender, income, experience in using technology
Satu Dependent Variable – Pengunaan teknologi
Model/Teori Sokongan
Teori, B, Model C, Teori D
Bagaimana kajian anda menyumbang kepada knowledge?
Dengan expand penggunaan Model A kepada konteks kajian yang baru iaitu penggunaan GPS dalam kalangan nelayan skala kecil. Expansion ini memerlukan usaha penambahbaikan
Mengapa Model A perlu di tambahbaik?
1- Ali (2016) menekankan keperlukan Model A ditambahbaik bagi extend generalizabilitynya kepada kumpulan komuniti yang lain
2- Empat moderator dalam Model ini, menurut Kassim (2015) membuatkan ia terlalu kompleks, terdapat keperluan untuk make it simple
Bagaimana ia boleh ditambahbaik ?
Menurut Abu dan Ahmad (2015), penambahbaikan model/teori boleh dilakukan berdasarkan tiga perkara utama
1- Menambah faktor baru ke dalam model
2- Membuang faktor sedia ada ke dalam model
3- Memperkenalkan hubungan baru ke dalam model
Apa yang anda lakukan, sertakan setiap tindakan anda dengan justifikasi kukuh?
Langkah penambahbaikan pertama
- Buang satu IV iaitu faktor facilitating condition
Justifikasi – dalam model asal, faktor ini digunakan bagi mengukur jawapan responden ke atas elemen seperti kursus teknologi dan bangunan yang disediakan secara KONSISTEN.. dalam kajian ini, ia terpaksa dibuang kerana TIADA ELEMEN KONSISTEN dalam penyediaan kursus penggunaan teknologi kepada nelayan skala kecil.
Langkah penambahbaikan kedua
- Buang dua moderator – satu, kajian ini membuang faktor voluntariness of use.. kerana, dalam model asal, faktor ini digunakan bagi mengukur tahap kesukarelaan pekerja menggunakan ICT dalam organisasi yang mempunyai peraturan yang menggalakkan pekerjanya menggunakan ICT. Dalam konteks kajian ini, faktor ini dibuang, kerana dalam konteks penggunaan teknologi, nelayan tidak terikat dengan mana-mana peraturan .
- Kedua, kajian ini membuang faktor gender. Ini kerana terdapat perbezaan jumlah yang sangat ketara bagi nelayan lelaki dan perempuan dan dikhuatiri ia akan mempengaruhi kualiti analisis inferensi yang ingin dijalankan.
Langkah penambahbaikan ketiga
- Memasukkan dua faktor baru, pertama compatibility. Teori B, dan D serta Model C kesemuanya memasukkan faktor ini. Ini menunjukkan ia merupakan faktor penting dalam kajian berteraskan penggunaan teknologi. Kesemua teori dan model ini membuktikan prediction ability yang tinggi bagi faktor ini terhadap penggunaan tekologi dan terdapat keperluan untuk mengujinya bagi kajian ini
- Learning culture – Teori D menunjukkan keperluan learning culture dimasukkan dalam kajian berteraskan penggunaan teknologi. Teori D menekankan, bagi komuniti yang proses pembelajarannya adalah berteraskan budaya, maka learning culture sesuai disertakan sebagai satu faktor. Bagi nelayan skala kecil, budaya pembelajaran unik dan tidak formal mereka di wakaf dan kedai kopi wajar dikaji.
Langkah penambahbaikan keempat
- Memperkenalkan hubungan yang baru – dengan memasukkan dua faktor baru, iaitu compatibility and learning culture, maka potensi beberapa hubungan baru dijangka diperoleh dalam kajian ini.
'New Model A'
- dijangka boleh mengukur faktor yang mempengaruhi pengunaan GPS dalam kalangan nelayan skala kecil
- mempunyai lima Independent Variable - attitude, performance expectancy, self-efficacy, compatibility and learning culture
- satu mediator - behavioral intention
- dua moderator - income and experience in using technology
satu DV - penggunaan teknologi (GPS)

No comments:

Post a Comment