ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, September 5, 2016

Kenapa kurang tepat untuk kita membandingkan prestasi pelajar PhD?

1. Jika pengajian undergraduate (degree) dan taught masters kebanyakannya bergantung kepada kelas, pengajian PhD adalah research based dan melibatkan bermacam-macam faktor.
2. Sedangkan antara kursus undergraduate dan taught masters pun tak tepat untuk dibandingkan, apatah lagi untuk PhD.
3. PhD banyak melibatkan uncertainty yang cukup besar, hanya pelajar PhD yang akan memahami betapa uncertainty ini membuatkan jiwa kacau siang malam, tidur tak lena, cuti tak tenang dan sebagainya.
Uncertainty adalah masalah terbesar pelajar-pelajar PhD. Jika undergraduate/masters perlu siapkan coursework dan jawab peperiksaan, pelajar PhD kena cari sendiri apa nak dibuat dan apa yang dibuat tu tak tentu lagi betul atau salah.
4. Memang bila buat PhD, tawakal dan berserah kepada Allah setelah berusaha itu merupakan sesuatu yang sangat dominan.
5. Faktor-faktor uncertainty ini adalah seperti berikut - bahan/mesin eksperimen, supervisor, keluarga, 'kematangan' sesuatu ilmu, tahap kualiti pembelajaran, dan sebagainya.
- Di Manchester pun, pelajar-pelajar yang sama supervisor dengan saya mempunyai masalah tersendiri. Ada yang bahan eksperimen tunggu berbulan-bulan baru nak dapat, ada yang beratur tunggu nak guna mesin, ada yang mesin rosak tak diduga dan sebagainya
- Ada yang mempunyai supervisor kurang membantu, tak amik tahu, tak ambil peduli - akibatnya terkapai-kapai seorang diri dan menangis di bucu katil
- Ada yang kata, bila tak berkahwin lebih mudah buat PhD sebab tiada gangguan - tapi mereka yang lonely tak ada sokongan dari aspek moral, maka senang rasa down dan stress
- Yang dah kahwin pula, ada anak isteri perlu dijaga, ada hari perlu hantar anak sekolah, bawa anak ke klinik, isteri sakit, isteri ajak pergi berjalan-jalan dan sebagainya
- Ada yang kahwin tapi kena berjauhan dengan keluarga sampai berbulan-bulan malah ada lebih setahun, alahai.
- Ada kes yang supervisor meninggal dunia, supervisor berpindah, supervisor bermasalah dan sebagainya
- Ada kes yang knowledge gap dalam bidangnya sukar nak dijumpai, jadi proposal PhD akan susah nak dibuat
- Ada kes knowledge dah agak 'tepu' jadi publications dalam bidang tu sangatlah mencabar
- Ada kes yang topiknya baru maka publications sangat senang nak dibuat
- Ada kes yang supervisor buat perangai - mula cakap macam ni, lepas tu begini - keliru!
- Ada yang bergaduh dengan lab technician menyebabkan kerja-kerja eksperimen jadi susah
- Ada yang kerja tertangguh lama sebab nak tunggu ethical approval untuk buat kerja-kerja survey atau melibatkan haiwan/manusia
- Ada yang berbulan-bulan kaji sesuatu benda, tengok-tengok - eh ya Allah silap rupanya aku / rupanya bahagian yang aku tengah kaji ni tak relevan dan tak boleh diteruskan jadi kena ubah haluan sedikit - damn, bazir masa berbulan-bulan huhu.
(dan banyak lagi lah...)
6. Tak wajar nak bandingkan pelajar PhD mana yang lebih bagus sebab masing-masing ada masalah dan rezeki sendiri.
Contohnya - Pelajar Malaysia di Glasgow yang mendapat penemuan dalam bidang fizik baru-baru ini, saya difahamkan yang supervisornya orang besar dalam bidang tersebut dan alhamdulilah dia dibimbing untuk membantu mendapatkan penemuan teori tersebut (dan paper yang dipublish tu bukan dia seorang yang tulis - tapi ada hampir seratus contributor kalau tak salah, dan dia salah seorang). Memang dia cukup bertuah untuk berada di tempat yang betul pada masa yang betul - alhamdulilah.
(betulkan jika saya salah maklumat)
7. Habis PhD awal tak semestinya hebat. Selalunya habis PhD awal atau on time dibantu oleh faktor-faktor seperti supervisor yang bagus, topik yang masih baru dan sebagainya. Alhamdulilah, hal ini terjadinya kepada saya kerana ada supervisor yang bimbing dengan baik dan topik yang sangat baru/sedang berkembang.
8. Tak kisah berapa lama anda habiskan untuk PhD, anda tetaplah unik dengan kajian anda sendiri. Dan segala masalah yang dihadapi adalah salah satu bentuk tarbiah untuk menjadi ahli akademik yang hebat.
9. Berhenti membandingkan kehidupan seseorang dengan orang lain. Bukan untuk PhD saja, tapi untuk semua benda. Lain orang lain masalah dan tak semua dedahkan masalahnya di media sosial.
Sekian, pandangan saya.

#"Berhenti membandingkan kehidupan seseorang dengan orang lain. Bukan untuk PhD saja, tapi untuk semua benda. Lain orang lain masalah dan tak semua dedahkan masalahnya di media sosial"

No comments:

Post a Comment