ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, July 21, 2016

8 Agensi Penjelasan Islam Hadhari Perlu Dimantapkan



Ketua Pengarah JAKIM mempengerusikan mesyuarat 8 agensi penjelasan Islam Hadhari
JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan penjelasan mengenai Pendekatan Islam Hadhari telah mengadakan mesyuarat bersama 7 agensi lain pada 4 Disember 2006, iaitu Pejabat Penasihat YAB Perdana Menteri, Jabatan Hal Ehwal Khas, IKIM, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Tinggi dan KAGAT. Mesyuarat telah diadakan di Dewan Syura, Aras 9, JAKIM, Putrajaya. Ia bertujuan membentang laporan pencapaian oleh agensi-agensi yang menjalankan tugas dalam menjelaskan Islam Hadhari kepada sasaran -sasaran tertentu serta perancangan bagi tahun 2007.
Antara perwakilan dari agensi terdiri dari Tan Sri Datuk Dr Hj Abdul Hamid bin Othman, Datuk Hj Mohd Nakhaei Hj Ahmad , Dato' Mohd Amin Salleh , Datuk Mustapha Taib , Tuan Hj Dangiran Mustapha dan lain-lain perwakilan dari agensi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Mustapha bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah JAKIM.
Pencapaian Program penjelasan Islam Hadhari bagi tahun 2006 oleh 8 agensi penjelsan telah melibatkan sebanyak 540 aktiviti dengan penglibatan peserta seramai 213,478 orang. Hasil mesyuarat telah memutuskan bahawa program penjelsan ini akan diteruskan serta dipertingkatkan pada tahun 2007 ini seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
Matlamat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat perlu dilakukan secara bersama oleh agensi-agensi ini, oleh itu, kesepakatan dan penyelarasan dalam semua aktiviti penjelasan ini perlu diperkukuh serta dimantapkan agar ianya mencapai objektif yang sebenar serta dapat menghindarkan kekeliruan kepada masyarakat untuk menyokong Pendekatan Islam Hadhari dalam membina tamadun yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


No comments:

Post a Comment