ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, July 31, 2015

Psikologi Kejayaan

+ Pernahkah kita mendengar wanita-wanita yang suaminya mempunyai affair menyalahkan diri mereka sendiri atas musibah yang menimpa diri mereka?
Mereka adalah contoh orang yang ditimpa musibah. Mereka adalah contoh orang-orang yang gagal dalam menguruskan hubungan kasih sayang mereka.
.
+ Pernahkah kita mendengar orang-orang bisnes yang sangat berjaya menyalahkan sikap orang Melayu yang katanya penuh dengan hasad dengki terhadap kejayaan mereka?
Mereka adalah contoh orang-orang yang berjaya. Kejayaan dalam bisnes adalah penuh dengan onak dan duri, namun mereka dapat mengatasinya sehingga berjaya.
.
Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar psikologi bagi mengetahui sama ada terdapat perbezaan antara psikologi individu-individu yang berjaya dengan individu-individu yang sering mengalami kegagalan.
Hasil kajian mereka mendapati memang terdapat ciri-ciri psikologi yang berbeza antara 2 golongan itu.
.
Sebagai contoh:
+ Apabila berlaku sesuatu musibah ke atas diri mereka, individu-individu yang berjaya akan menyiasat punca musibah itu pada diri mereka sendiri. (Istilah Inggerisnya 'internal locus'.)
+ Mereka cuba mencari di mana kesilapan yang mereka telah lakukan sehingga musibah itu terjadi. Mereka cuba membetulkan kesilapan-kesilapan itu.
+ Mereka cuba mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada pada diri mereka yang mengakibatkan musibah itu. Mereka cuba memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka.
.
Sebaliknya:
+ Apabila berlaku sesuatu musibah ke atas diri mereka, individu-individu yang sering mengalami kegagalan akan mencari punca musibah itu pada faktor-faktor di luar diri mereka. (Istilah Inggerisnya 'external locus'.)
+ Mereka mengatakan diri mereka hanyalah mangsa kepada punca-punca musibah itu. Sebagai mangsa, mereka tidak melakukan sebarang kesilapan. jadi, mereka tidak perlu menyiasat di mana kesilapan mereka.
+ Mereka mempersalahkan individu-individu lain sebagai bertanggungjawab menyebabkan musibah itu terjadi. Mereka mahu indvidu-individu lain itu yang mesti dibetulkan.
+ Mereka menyalahkan faktor-faktor yang di luar kawalan mereka seperti, nasib, sejarah lalu, bangsa, politik dll. Mereka tidak dapat mengubah sejarah, bangsa dan kuasa politik. Sejarah, bangsa, dan politik yang mesti berubah!
-Dipetik dari perkongsian Abs School- ðŸ˜˜ðŸ˜Ž

No comments:

Post a Comment