ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Sunday, July 12, 2015




Makam Allahyarham Dato' Maharaja Khadi Sheikh Abdul Jalil, Tg. Pauh.

Datuk kepada Syeikh Abdus Somad al-Falimbangi.



Makam Syaikh Abdul Qadir Ibni Hussain Shah Alirah 

Tarikh : 11 Julai 2015

Sebuah perkampungan masyarakat Islam terawal di Kedah Darul Aman telah wujud sejak kira-kira 1000 tahun lalu di daerah Langgar, 12 km arah ke timur bandar Alor Setar. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan penemuan sepasang batu nisan tertua dalam tahun 1961 di sebuah perkuburan lama di Kampung Tanjung Inggeris berhampiran pekan Langgar.

Pada nisan tersebut tercatat tulisan Arab/Jawi nama "Syaikh Abdul Qadir Ibni Hussain Shah Alirah" dan tarikh meninggalnya pada bulan Rabiulawal 291 hijrah ( Januari 904 ). Beliau dipercayai seorang tokoh ulama dan pendakwah Islam terawal di daerah itu yang dipercayai meneroka "Sistem Pengajian Langgar" berdasarkan Sistem Pendidikan Parsi dalam usaha meningkatkan ilmu-ilmu Islam. Dari situlah berkembangnya institusi pengajian pondok.

Kemungkinan perkataan "Langgar" dari bahasa Parsi itu lahirnya nama Langgar yang sehingga kini di situ masih kekal dan kukuh dengan tradisi pengajian pondok.

Pada tahun ini (2015), genap 1111 tahun usia makam tertua ini.

الفاتحة






No comments:

Post a Comment