ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, July 31, 2015

Contohi Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W


rasulullah_saw
Sewajarnya kita mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik”. (surah al-Ahzab, ayat 21).
Peribadi Rasulullah SAW adalah model yang sangat agung untuk kita contohi. Di antara keperibadian dan akhlak mulia Nabi Muhammad ialah:
  • Baginda berdoa dengan penuh khusuk sambil air matanya sentiasa berlinangan.
  • Wajah baginda sentiasa ceria, elok dan sempurna sehingga sejuk mata yang memandang baginda.
  • Baginda memiliki perasaan halus (mudah menangis).
  • Baginda mengambil wuduk sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
  • Baginda gemar makan beramai-ramai daripada berseorangan.
  • Baginda benci kemegahan dan perhiasan yang cantik kerana ia melambangkan kesombongan dan keangkuhan.
  • Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Baginda tidak pernah mengumpat atau mencerca apa lagi menghina orang lain.
  • Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
  • Baginda suka membalas hadiah.
  • Baginda mengucap salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar daripada rumah atau semasa masuk ke rumah.
  • Baginda sangat berlemah-lembut dengan isteri-isterinya dan ahli keluarganya.
  • Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemui.
  • Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
  • Baginda tidak melepaskan tangannya sehingga orang yang dijabatnya itu melepaskan tangannya.
  • Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama.
  • Baginda sangat menghormati orang tua dan mengasihani orang muda dan kanak-kanak.
  • Baginda tidak pernah bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.
  • Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di hadapan sahabat.
  • Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.
  • Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
  • Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak, cuma tersenyum sedikit.
  • Baginda sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.
  • Baginda sangat sabar dan tabah apabila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.
  • Baginda sangat kasih terhadap umatnya.
  • Baginda tidak pernah mengambil rezeki Allah melebihi keperluan asas makan minum baginda. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditabur untuk tujuan fisabilillah.
  • Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.
  • Baginda tidak menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka.
- akhlak Al-Quran - jiwa Al-Quran -

No comments:

Post a Comment