ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, March 31, 2014

Siri dialog 'Suara Akar Umbi' NUCC bermula Haider Yutim | Kemas kini: Februari 22, 2014

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan (NUCC) dengan kerjasama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memulakan sesi dialog mereka yang pertama hari ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dialog tersebut adalah bertujuan supaya ahli-ahli NUCC dapat turun ke akar untuk mendengar pandangan mereka tentang perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Selain respon positif, NUCC juga mahu mendengar pandangan tentang kesilapan serta kebimbangan yang berkaitan dengan perpaduan nasional.

Dalam masa yang sama, NUCC turut mengambil kira pandangan dan cadangan yang menuju ke arah penyelesaian isu semasa bagi mengukuhkan keharmonian etnik.

Menurut NUCC, pandangan yang diutarakan dalam sesi dialog tersebut akan didokumenkan untuk dijadikan panduan bagi kaji selidik KITA yang akan digunakan sebagai input dalam penggubalan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.

Oleh yang demikian, NUCC mengajak orang ramai dari segenap komuniti, sosial, pertubuhan agama dan pergerakan masyarakat ke dialog tersebut untuk berkongsi pandangan mereka.

Sebanyak 18 sesi dialog akan dianjurkan oleh NUCC di antara Februari 22, 2014 hingga 30 Mac, 2014 dalam siri penjelajahan ke seluruh negara di mana sesi yang pertama iaitu hari ini bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Astro AWANI baru-baru ini juga telah menemubual felo Penyelidik Utama KITA, UKM, Anis Yusal Yussuf bagi mendapatkan sedikit ulasan mengenai program dialog ini.

Beliau memberitahu bahawa suara diperingkat akar umbi perlu didengari jika pemimpin benar mahukan perpaduan, kerana dari situ lah mereka akan faham apa yang rakyat mahukan.

Katanya pemimpin yang baik dan bijak ialah pemimpin yang bersedia untuk mendengar pandangan dari akar umbi selain bersifat terbuka.

No comments:

Post a Comment