ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Saturday, December 21, 2013

PENTING!!! PARA IBU BAPA MESTI BACA DAN 
SHARE UNTUK PENGETAHUAN BERSAMA! SAYANG 
ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang
 kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi 
tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 
petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh 
pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta 
tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah 
kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di

 resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan

 mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan

 pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-

ubun depan beliau yang timbul dan mencembung

 (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan

 ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), 

serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas

 satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk

 melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak

 menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak 

yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with

 Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi

 tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya
 bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. 

Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah

 pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-

tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang. 

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) SBS merupakan

 kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau

 pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam 

tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat.

 Kecederaan yang serius boleh menyebabkan 

kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada 

bayi. 

Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau 

dihentak dengan objek walaupun objek lembut 

seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan

 pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian

serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah

atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS.

Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan

selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang

lain. Perkara ini berlaku kerana kepala bayi

mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding

badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak

yang masih belum matang serta lebih kandungan air

berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau

 menggoncang sering dilakukan oleh penjaga

terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada
yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi

 dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat

 menjaga bayi. Ini bukanlah kes SBS pertama yang

 saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat

seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai

 kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca

 daripada menaiki buaian. PENCEGAHAN Jangan

 sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau

 untuk bermain. Jangan memegang bayi anda ketika

 marah. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi

 anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk

 sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada

 orang lain. Minta bantuan orang lain. Maka, saya

sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua

dapat mengambil serius dan peka tentang Baby

 Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil

 malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes

dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah

 mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang

bayi seperti buaian.

No comments:

Post a Comment