ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, December 16, 2013

Penyelidikan » Perkhidmatan Penyelidikan » Pengurusan Penyelidikan

Apabila penyelidikan menjadi keutamaan dalam sesebuah entiti, keperluan cabang penyelidikan untuk menguruskan dan memudahkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan menjadi penting. DiUPM, semua kakitangan akademik diharapkan untuk melaksanakan program penyelidikan yang aktif. Untukmencapai matlamat ini, universiti menawarkan pelbagai struktur untuk menyokong mereka dalam pembangunan dan penyelenggaraan program penyelidikan yang berkualiti dan satu daripadanya ialah cabang  pengurusanpenyelidikan . Dalam menguruskan penyelidikan yang dijalankan oleh entiti, Bahagian  Pengurusan Penyelidikan  akanmelaksanakan fungsi yang akan membantu meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan penemuan penyelidikan dan output yang berkualiti . Di UPM, cabang  pengurusan penyelidikan dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan(RMC).
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) secara rasminya ditubuhkan pada  Mei 2000untuk menggantikan Unit Penyelidikan  Universiti yang ditubuhkan pada  1992. RMCmenggerakkan pengurusan penyelidikan dan meningkatkan impak keseluruhan penyelidikan untuk memperluas kerjasama dan mengukuhkan perkongsian dengan universiti penyelidikan bertaraf dunia yang lain.

Peranan dan fungsi RMC adalah untuk meningkatkan dan memperkukuh sistem pengurusanpenyelidikan terkini dengan menggiatkan usaha R & D untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, supaya dapat menghasilkan  penyelidikan dan output yang berkualiti. Peranan RMC juga adalah untuk meningkatkan usaha sama R & D  antara agensi R & D awam dengan sektor swasta untuk memudahkan pengkomersilan penemuan penyelidikan. RMC juga bertujuan untuk memfokuskan  penyelidikan utama yang mempunyai kepentinganstrategik kepada negara dan membangunkan inisiatif multi disiplin. Ia menggalakkan  kerjasama sinergi dalam bidangutama seperti teknologi maklumat, nanoteknologi dan bioteknologi / satelit penyelidikan BioValley selarasdengan wawasan negara untuk menghasilkan Pemenang Hadiah Nobel Laureate pada  2020 .
RMC juga mewujudkan kesedaran penyelidikan dengan menganjurkan kursus Pengurusan Penyelidikan, bengkel  paten dan memberikan pengiktirafan kecemerlangan melalui acara khas seperti anugerah pameran R & D antara universiti  dan lain-lain.  Oleh itu, RMC bersedia untuk memainkan peranan sebagai jentera penggerak. Secara tekal,RMC mempelbagaikan, mempromosi dan mengkomersialkan hasil penyelidikan UPM. Misi RMC adalah amat jelas, iaitu memastikan bahawa sumber pembiayaan mencukupi, dan kerjasama dengan universiti bertaraf dunia yang lain dapat ditingkatkan.
Diketuai oleh seorang pengarah penyelidikan, RMC dibantu oleh empat timbalan pengarah dengan fungsi tugas khas yang melaporkan terus kepada Timbalan Naib Canselor(Penyelidikan dan Inovasi) dan juga sebagai  sekretariat kepada Jawatankuasa Penyelidikan Universiti. Jawatankuasa 
Pengurusan RMC terdiri daripada timbalan pendaftar, pegawai pentadbiran, editor, pegawaipenyelidik, penganalisis sistem, dan kakitangan sokongan. RMC memupuk persekitaran dengan memastikan bahawafakulti, sekolah,institut penyelidikan dan sekutunya telah disediakan dengan perkhidmatan sokongan yang cekap berkaitan pentadbiran, penyelidikan dan dibekalkan dengan maklumat terkini tentang sumber pembiayaan dan prosedur geran.
Matlamat
» Meningkatkan dan mempelbagaikan sumber pembiayaan penyelidikan UPM;

» Mengukuhkan penyelidikan pelbagai disiplin untuk mencapai output sains penerbitan,

» Memproduksikan komersial & paten, dan

» Menyediakan sumber manusia yang diperlukan untuk pembangunan negara.

» Membina dan menggalakkan kerjasama penyelidikan strategik dengan industri dan masyarakat;

» Merealisasikan matlamat UPM untuk menjadi universiti yang pertama antara 5* yang terulung di Malaysia sebagai  universiti penyelidikan intensif dengan meningkatkan kerjasama dengan universiti lain bertaraf dunia.
Sila ke laman sesawang Pusat Pengurusan Penyelidikan untuk maklumat lebih
lanjut.



Polisi Penyelidikan




Polisi Penyelidikan UPM berperanan sebagai asas untuk menggalakkan budaya penyelidikan. Ia bertindak sebagai sistem jaminan kualiti bagi meningkatkan piawaian amalan penyelidikan dengan mendefinisikan dan penyebaran makna kualiti. Polisi ini adalah salah satu mekanisme untuk memastikan bahawa piawaian dipatuhi.



Jaringan » Kolaborasi Dalam Negara

UPM dan pelbagai agensi dalam negara telah mendapat manfaat bersama hasil daripada kerjasama dan hubungan strategik yang terjalin. Kerjasama ini merangkumi pelbagai aktiviti  seperti program mobiliti, pertukaran pelajar dan staf, kolaborasi penyelidikan, aktiviti pengkomersilan dan pemindahan teknologi.

Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lengkap bagi MoU dan MoA dalam negara sehingga 31 Mei 2013.


http://www.rmc.upm.edu.my/

1 comment:

  1. ULAMs – University Location Attendance Management System

    ULAMs is an attendance management system that can be used to track attendance of lecturers and students inside the classroom. ULAMs is running based on Location-determination technology using Wireless Local Area Network (WLAN) signal coverage to specifically locate the correct classroom and the users located within the classroom. The attendance of students inside the classroom of each courses are automatically recorded by the app and stored in the university academic management portal. The advantage of the system is the removal of paper-based attendance system and data keyed-in into the system.

    https://sciencepark.upm.edu.my/article/ulams__university_location_attendance_management_system-57144

    ReplyDelete