SKIM BANTUAN PERSEKUTUAN
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
1. BANTUAN ORANG TUA (BOT)
(RM300 sebulan seorang)
i. Warganegara Malaysia;
ii. Warga tua berumur 60 tahun ke atas;
iii. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup;
iv. Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan; dan
v. Penjaga adalah dialu-alukan untuk membuat rujkan kepada JKMM (contoh seperti jiran, kenalan, JKKK dan lain-lain).
2. BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
(RM450 sebulan (maksimum sekeluarga))
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak berikut:
i. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
ii. Kanak-kanak masih bersekolah;
iii. Kanak-kanak yatim/piatu; dan
iv. Kanak-kanak mempunyai ibubapa/penjaga yang tidak berkemampuan @ putus mata pencarian kerana uzur, cacat, berpenyakit @ tanggungan banduan/tahanan; RM100 sebulan (seorang kanak-kanak).
3. ELAUN PEKERJA CACAT (EPC)
(RM300 sebulan seorang)
i. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
ii. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
iii. Berpendapatan tetap bulanan tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk pendapatan keluarga;
iv. Tidak tinggal di institusi yang disediakan kemudahan
tempat tinggal, makan/minum atau pakaian percuma.
Pemohon mestilah menyertakan slip gaji / surat pengesahan pendapatan daripada majikan/ JKKK/ Penghulu/Ketua Masyarakat bagi yang bekerja sendiri.
4. BANTUAN AM (WPKL & WP LABUAN SAHAJA)
(RM80 sebulan seorang. RM350 sebulan sekeluarga (maksimum))
Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri–negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing. Berikut adalah kriteria kelayakan dan kadar Bantuan Am yang diterima pakai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
i. Pendapatan isi rumah di bawah RM700;
ii. OKU yang memerlukan;
iii. Orang terdampar;
iv. Orang papa;
v. Kes wanita dan gadis; dan
vi. Keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
5. GERAN PELANCARAN
(Maksimum RM2,700 sekaligus)
i. Penerima bantuan bulanan JKM yang berupaya mengusahakan sesuatu projek misalnya ibu tunggal atau anak-anak mereka;
ii. Orang kurang upaya yang berdaftar dengan JKM;
iii. Bekas pelatih dari institusi JKM; dan
iv. Kes seliaan akhlak JKM.
6. ALAT TIRUAN/ SOKONGAN
(Kos sebenar alat tiruan/ sokongan)
i. OKU berdaftar dengan JKM /klien jabatan;
ii. Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan
iii. Mereka yang tidak mampu membekalkan sendiri alat tiruan/ alat sokongan yang diperlukan.
7. ELAUN LATIHAN APPRENTIS
(RM200 sebulan seorang)
i. Anak-anak penerima bantuan JKM;
ii. Bekas pelatih institusi JKM; dan
iii. Kes seliaan akhlak JKM.
8. BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)
(Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.)
i. Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
ii. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibubapa;
iii. Kanak-kanak tinggal bersama-sama dengan keluarga ganti;
iv. Kanak-kanak yang diambil dari Program Anak Pelihara yang dikendalikan oleh rumah kanak-kanak JKM;
v. Kanak-kanak bukanlah anak angkat yang diambil menerusi Akta Pengangkatan 1952 @ Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; dan
vi. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. RM250 sebulan seorang.
9. BANTUAN PENJAGAAN OKU/ PESAKIT KRONIK TERLANTAR
(RM300 sebulan seorang)
i. Warganegara Malaysia dan jika penduduk tetap (PR) hendaklah bermastautin di Malaysia sebelum tahun 1957;
ii. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar; dan
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
10. BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA
(RM150 sebulan seorang)
i. Memenuhi syarat asas kelayakan menerima bantuan Kebajikan ;
Nota:
a. PGK semasa @ 2007 ialah RM720 bagi Semenanjung, RM830 bagi Sarawak dan RM960 bagi Sabah.
b. Pendapatan isi rumah merujuk kepada semua sumber pendapatan termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan dari agensi lain, insurans dan lain-lain.
ii. OKU yang berdaftar dengan JKM;
iii. OKU yang tidak berupaya bekerja;
iv. Berumur antara 18 – 59 tahun ;
v. Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada; dan
vi. Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi;
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Level 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : +603-8323 1000
Fax : +603-8323 2045
http://www.facebook.com/pages/Puspanita-Kebangsaan/240754462700068

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengk...
Non-Governmental Organisation (NGO): 956 like this.
No comments:
Post a Comment