ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Sunday, July 14, 2013



Bismillah.

Segala puji bagi Allah. Semoga menjadi inspirasi selalu solat 5 waktu. InsyaAllah.

...


Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke 

atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan 

yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, 

tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.



SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang 


bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi 

warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki 

dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, 


lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku 


dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata 

lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya 


saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah 

yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, 

mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum 

lagi.


ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna 


KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan 

dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.


Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang 


selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan 

menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut 

ceria tak?


ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di 


mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, 

dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya 
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah

(tidur la tu..).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif 


kita.


MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu ini kita kerap 


dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) 


dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan 

dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini 


(solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini 

yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah 

keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki 


fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana

frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak.


Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam 


sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur 

pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalam 

kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, 


dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari,

talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam

Islam ini dipanggil Qiamullail.


Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini 


sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya 

bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

No comments:

Post a Comment