ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, December 31, 2012

Koperasi masjid di seluruh dunia


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mencadangkan penubuhan koperasi-koperasi kariah masjid di seluruh dunia sebagai wadah penyatuan umat Islam serta mengembleng kekuatan ekonomi mereka.
Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd Ali Baharum berkata, perkara itu akan diketengahkan di persidangan International Cooperative Alliance (ICA), badan puncak menguruskan hal koperasi sedunia.
Katanya, Malaysia berkelayakan untuk mencadangkan gerakan koperasi itu kerana negara telah menubuhkan Koperasi Kariah Masjid yang kini menampakkan kejayaan.
"Kita telah fikirkan untuk satukan dunia Islam supaya bernaung di bawah penubuhan Koperasi Kariah Masjid dan ia boleh diwujudkan melalui ICA," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Kelana Jaya di sini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_01/Koperasi-masjid-di-seluruh-dunia#ixzz2GcHFvE42
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment