ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, November 15, 2012

Epilog Seorang Ibu


Belajarlah untuk menghargai, barulah diri kita akan dihargai....hidup jangan terlalu sombong, jangan pula sesuka hati menafsir apa yang Allah beri, takut tersalah dalam menafsir. Berhati-hati dalam hidup kerana apa jua yang Allah beri adalah ujian sekadar nak uji keimanan...dan jangan sesuka hati menghukum kerana hukuman milik Allah..kita? sekadar terima dengan redha apa jua yang berlaku....wallahu a'lam...



Ya Allah Seandainya telah Engkau catatkan Dia milikku tercipta buatku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi Dan Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihi Seiringkanlah kami melayari hidup ini Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku Bawalah ia jauh dari pandanganku Luputkanlah ia dari ingatanku Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti Berikanlah aku kekuatan Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan Merah Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya Dan Ya Allah yang tercinta Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku Pasrahkanlah aku dengan takdir Mu Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buat ku Kerana Engkau maha mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini

Ya Allah Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini Jangan Engkau biarkan aku sendirian Di dunia ini mahupun di akhirat Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Supaya aku dan dia sama sama dapat membina kesejahteraan hidup Ke jalan yang Engkau redhai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh Amin&Ya Rabbal Alaminn.


Anak,
Kamulah cahaya mata bonda,
Amanah daripada Allah,
Ujian buat seorang hamba.

Saat kelahiranmu anak,
Bonda tersenyum syukur,
Alhamdulillah
Subhanallah
Maha Suci Allah,
Rahmat terbesar buat bonda,
kini dalam dakapan.

Kehangatan kasih sayang,
akan menemanimu,
limpahan tarbiyah islamiah,
akan menjadi perisaimu,
kesederhanaan hidup
akan kita kongsi bersama
bonda tidak boleh menjanjikan apa-apa,
melainkan permata makrifat,
dan kesempurnaan pekerti,
pemberian berharga buatmu anak.

Bonda berteleku di hadapan Rabb,
memohon sepenuh hati,
menjadikanmu anak soleh,
jauhilah kamu dari kemurkaan-Nya,

Bonda tak pernah mengharapkan apa-apa,
cukuplah anak-anak bonda bahagia,
cuma satu, doakan buat bonda dan pada ayahanda
suami bonda,
"Wahai Tuhan kami,
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,
Dan Rahmatilah mereka sebagaimana kami dididik semasa kecil."

-Melur Puteh-

No comments:

Post a Comment