Setuju lupus 30 peratus saham dalam Bank Muamalat
Shah Alam: DRB-Hicom Bhd bercadang menjual 30 peratus daripada 70 peratus sahamnya dalam Bank Muamalat Malaysia Bhd kepada Affin Holdings Bhd sebelum akhir tahun ini.
Ia bagi membuka laluan penubuhan bank Islam mega pertama di Malaysia selaras dengan usaha liberalisasi sektor kewangan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada April 2009.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata cadangan itu kini sedang diperhalusi pada peringkat kumpulan dan akan diperincikan dalam perbincangan rasmi dengan Lembaga Pengarah Affin Bank dalam tempoh terdekat ini.
Runding dengan Affin Bank
Perbincangan itu bagi membolehkan kedua-dua pihak menyiapkan laporan khas untuk dibentangkan kepada Bank Negara Malaysia bagi mendapat kebenaran bergabung dan seterusnya membentuk bank Islam mega.
“Kedua-dua pihak (Bank Muamalat dan Affin Bank) sudah memulakan rundingan awal dengan membincangkan aspek berkaitan prospek persekitaran kewangan Islam tempatan dan antarabangsa, selain menyentuh hal ehwal produk dan pelanggan.
“Kami akan mengadakan pertemuan semula dalam tempoh terdekat ini dan akan membincangkan dari segi aspek peratusan penjualan termasuk cara dan perincian untuk menubuhkan bank Islam mega itu.
“Di bawah garis panduan Bank Negara ia mengkehendaki DRB-Hicom memegang maksimum 40 peratus. Justeru, kami akan mencadangkan peratusan minimum yang kita perlu jual kepada Affin Bank,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung DRB-Hicom ke-22 di sini, semalam.
Cadangan penggabungan Bank Muamalat dan Affin Bank mula tercetus bulan lalu apabila Affin Holdings mendapat kebenaran Bank Negara bagi memulakan rundingan dengan pemegang saham Bank Muamalat Malaysia iaitu DRB-HICOM bagi kemungkinan membeli kepentingan ekuiti dalam bank Islam itu.
DRB-HICOM ketika ini memegang 70 peratus ekuiti dalam Bank Muamalat Malaysia sementara baki 30 peratus lagi dipegang Khazanah Nasional Bhd.
Mohd Khamil berkata, Bank Negara dijangka mengambil masa sebulan memutuskan sama ada Bank Muamalat dan Affin Bank boleh digabungkan atau tidak.
Penubuhan tahun depan
“Kami menjangkakan kemungkinan penubuhan bank Islam mega pertama Malaysia itu dapat diketahui selewat-lewatnya sebelum 31 Januari tahun depan,” katanya.
Mengenai Proton Holdings Bhd, Mohd Khamil berkata, pihaknya sudah menyemak semula indeks petunjuk utama kumpulan pengurusan syarikat kereta nasional itu dengan meningkatkan sasaran jualan kereta kepada 200,000 unit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac depan.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan Proton Holdings mampu merampas kembali kedudukan sebagai peneraju pasaran kenderaan tempatan daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tahun ini.
“Proton Holdings sebelum ini sudah mempunyai sasaran awalnya iaitu mahu menjual 167,000 unit kereta pada tahun ini dan ia sudah mencatatkan jualan kira-kira 100,000 unit bagi tempoh Januari hingga Ogos.
“Saya yakin syarikat kereta nasional itu boleh mencatatkan jualan lebih daripada itu bersandarkan sambutan hangat terhadap model Saga dan Exora,” katanya.

No comments:
Post a Comment