1. Benar kata orang tua-tua, jika hendak memilih calon isteri biarlah yang sudi untuk hidup susah dan senang bersama kita. Begitu juga isteri yang prihatin dan mudah rasa bersyukur dengan apa yang ada, adalah sifat yang sesuai dalam persediaan menghadapi krisis kewangan keluarga. Namun jika anda sudah berkeluarga, hal ini perlu dikendalikan dengan sebaiknya. Mempamerkan kemewahan demi cinta kita kepada isteri tidak digalakkan kerana dikhuatiri isteri tidak mampu menahan emosi di kala anda mengalami kegawatan pendapatan.
2. Sifat menyembunyikan masalah kewangan daripada diketahui oleh isteri juga adalah sifat tidak bertanggungjawab. Ini kerana sebagai ketua keluarga, anda harus berterus-terang dan ajaklah si isteri berbincang tentang langkah-langkah terbaik untuk menangani masalah kewangan anda sekeluarga. Berikan maklumat dengan sejelas-jelasnya sejak dari awal lagi agar isteri tidak terkejut dengan perubahan drastik menghadapi kegagalan suami. Ini juga bagi mengelakkan isteri dari mula mengamuk dan menaruh curiga kepada suami akibat menerima maklumat yang tidak tepat dari sumber lain.
3. Semasa menerima berita buruk tentang kegagalan bisnes suami atau hutang banyak, isteri mungkin akan mengalami reaksi yang tidak terkawal, menangis, marah-marah, melenting dan sebagainya. Sebenarnya ini adalah reaksi normal bagi seseorang yang menerima perkhabaran buruk. Anda sebagai suami hendaklah terlebih dahulu bersedia dengan kawalan emosi yang stabil dan tenang. Dekati isteri secara berhemah, lembut dan rasional dalam tindakan. Jika anda mampu bersabar dalam menghadapi emosi isteri, tidak mustahil rasa terkejut dan putus asa isteri akan beransur terkawal, reda dan pulih serta menerima kenyataan.
4. Suami yang bertanggungjawab akan membuktikan kepada isteri bahawa dia mahu menyelamatkan keluarga dengan bekerja lebih gigih. Memang, tatkala menghadapi tekanan, kerja akan menjadi sedikit terjejas. Namun ia dapat diatasi hanya dengan kembali bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan kejayaan.
5. Jangan bersedih dan gelisah. Ubat penawar kesedihan dan kegelisahan manusia adalah ilmu yang disusuli dengan amal soleh. Timbahkanlah ilmu sedalam mungkin untuk menjadi penyokong agar anda sentiasa berada di atas landasan yang betul dalam setiap perkara yang anda kerjakan.

No comments:
Post a Comment