1. Ada sarjana Barat mengatakan bahawa orang Melayu tidak pernah mempunyai konsep warna dan waktu. Pandangan ini sebenarnya bersifat tidak adil kerana mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak mengkaji sosio budaya masyarakat Melayu secara terperinci. Sesungguhnya, masyarakat Melayu yang mesra alam ini gemar membuat perbandingan antara kegiatan sehariannya dengan alam semesta. Sebab itulah, konsep warna dan waktu itu tidak dilambangkan dengan satu istilah khusus.
Berikut adalah waktu sehari semalam orang Melayu:
Dini hari – adalah antara jam 2 pagi hingga 4 pagi.
Fajar – 4 pagi
Terang tanah – 5 pagi
Hari Terbang Lalat – 5.30 pagi hingga 6 pagi
Pagi hari – 4 pagi hingga 9 pagi
Hari belum Tinggi – 9 pagi
Rembang tengahari – 11 siang hingga 12 siang
Terpijak matahari – 12siang tepat
Lohor – 12 siang hingga 3 siang
Tergelincir matahari – 1 siang
Tengah turun – 3 siang
Matahari sudah mengayun - 4 petang
Rembang petang – 5.30 sore
Asar – 4 petang hingga 6 sore
Senja – 5.30sore hingga 6.30 sore
Senja Raja – 6.30sore
Senja kala – 6.00sore hingga 6.30 sore
Senja buta ayam - 6 sore
Larut malam – 11 malam hingga 12 malam
Tengah malam – 12 malam hingga 2malam
2. Ada juga dikatakan orang bahawa ‘senja rembang datang’,’senja kala’, ‘senja buta’ dan ‘senja raja’, sebenarnya bermaksud hari sudah gelap dan pertengahan antara waktu siang dengan malam. ‘Rembang’ bermaksud ‘titik yang tertinggi’. Rembang Matahari pula bermaksud tengah hari tepat, ketika matahari ada di puncak kepala kita.
3. Jika diperhatikan, waktu sehari semalam orang Melayu lama tidak sama dengan pengertian konsep waktu Melayu hari ini. Waktu sehari semalam orang Melayu dahulu dibahagi dua iaitu ‘siang’ dari pukul 6 pagi sampai 6 petang dan ‘malam’ dari pukul 6 petang sampai 6 pagi. Justeru tidak hairanlah, segala kegiatan mencari rezeki dan keluar rumah dilakukan pada bahagian pertama hari yakni, ‘siang’. Pintu dan tingkap rumah ditutup sewaktu peralihan waktu siang dan malam dan hanya dibuka setelah malam. Anak-anak juga dilarang pulang lewat hingga senjakala kerana dipercayai bahawa peralihan waktu antara siang dan malam selalunya terdapat unsur-unsur jahat nan ghaib, yang sering mengganggu manusia.
4. Hakikatnya, pantang larang pulang rumah sebelum senja sudah tidak lagi dituruti kini. Namun alangkah baiknya jika larangan ini diamalkan semula demi kehidupan keluarga yang lebih harmonis dan mesra.

No comments:
Post a Comment