ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, April 10, 2012

Untuk renungan bersama Azab Meninggalkan Solat

Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.

6 Azab di dunia
1- Di hilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang soleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak di kurniakan pahala.
4- Doanya tidak di makbulkan oleh ALLAH SWT.
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya.
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN.

3 azab ketika hampir mati
1- Kematianya penuh kehinaan.
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat.
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Di nyalakan api di dalam kuburnya lalu ia di balik-balikkan di atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja’ Aqra,suaranya laksana petir dan ia berkata:
"Hai manusia! sesungguhnya aku di perintahkan menyeksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor dari Asar hingga Magrib kerana meninggalkan fardhu Asar."
Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan di sumbat ke dalam mulutnya kemudian di sentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu di seret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1- Hati cenderung kepada maksiat.
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

Ingatlah...
Dosa meninggalkan solat umpama...

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zohor:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka,"Hai orang yang meninggalkan solat Isyak,bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku."
Segala gerak-gerinya seperti pakai,makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

MAKA MARILAH KITA BERSAMA-SAMALAH MEMPERBAIKI DIRI DAN BERPESAN-PESAN DEMI UNTUK KEBAIKKAN BERSAMA.

No comments:

Post a Comment