ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, April 23, 2012

‎~*♥*~RAHSIA MENAWAN HATI SUAMI~*♥*~

Jadilah isteri yang bijak..

~♥~Dia bukan sahaja mempelajari masakan baru buat menambat selera suami tersayang, malah dia akan pastikan untuk duduk bersama melayan suami menghadapi hidangan hasil tangannya
~♥~Dia tetap berpakaian sopan menutup aurat di luar tetapi bila berdua dengan suami, dijadualkan waktu memakai pakaian yang seksi dan jarang dengan aksi menggoda kerana dia maklum betapa serius dan tertibnya lelaki, tetap inginkan kenakalan
~♥~Dia akan tegas dan serious dalam urusan di luar tapi bermanja-manja dan penuh sopan dalam berbicara dengan suaminya
~♥~Dia akan manjakan suaminya dengan memberikan facial serta urutan sensual seluruh badan sebagai layanan istimewa terutamanya bila melihat suami murung dek tekanan
~♥~Dia tidak perlukan makeup berjenama untuk memperindah wajahnya, hanya senyuman ikhlas penuh kasih dengan penampilan bersih serta wangian buat menarik perhatian suaminya
~♥~Dia akan memuliakan mertua dan ipar dengan ambil berat masalah dan keuzuran mereka seperti ibubapanya sendiri
~♥~Dia tidak membentak bila rasa dirinya diabaikan tapi berbincang baik meluahkan kelukaan hatinya pada suami tersayang

DIA wanita istimewa yang mengatur hidupnya buat menyenangkan hati suaminya kerana ianya membahagiakan dirinya dalam mencari REDHA Penciptanya.

No comments:

Post a Comment