ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Saturday, April 14, 2012

Petua Untuk Melansingkan Badan

Pilihan 1:Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Pilihan 2: Tumbuk segenggam cekur manis. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air itu 2 kali sehari.





Petua Mengempiskan Perut 
Selepas Bersalin

Pilihan 1: Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

Pilihan 2: Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Pilihan 3: Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Pilihan 4: Ambil kapur sirih (kapur makan), sedikit minyak kayu putih dan sedikit perahan limau nipis. Kemudian, gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut hingga rata.Sapukan bahan tersebut ke seluruh kawasan perut dan pinggang sampai rata. Setelah kering, ikat bahagian perut dan pinggang dengan rapi menggunakan kain lampin bayi. Ulangi proses ini setiap pagi dan petang selama 40 hari berturut-turut selepas bersalin.

No comments:

Post a Comment