ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, April 10, 2012

Gunakan Akal Sihat Untuk Berfikir! Jangan Biarkan Disihir Wang Kertas!


Sedikit komen keawaman saya kepada seorang ilmuan :

Sayangnya ramai yang tidak memahami "Apa Itu Wang?"

Prof, apa itu ringgit? Tentu tiada definasi yang jelas untuk mengatakannya ia adalah 'wang'. Sebab ia adalah legal tender yang dipaksakan oleh pemerintah untuk menggunakannya. Darinya mematikan sistem barter dan juga muamalah yang berbasis dinar dan dirham yang sudah berjalan 13 abad dari zaman nabi sampai zaman Otmani. Sistem kapitalis hanya memermukan masa tidak sampai satu abad untuk menyihir manusia dengan kertas-kertasnya sehingga membuat manusia terpukau dan tidak mengenal wang sebenar iaitu dinar dan dirham.

Prof, apa itu dinar dan dirham? Mohon maaf, kalau ada seratus ilmuan ditanya solan itu, maka hanya 10 yang boleh mendefinasikannya dengan baik siap dengan perangkat pelaksanaannya. Selebihnya "qila wa qala'. Dan inilah fenomena ilmuan yang juga terkena sihir.

Prof, apa itu dinar dan dirham? jelas menerangkannya, dinar adalah wang emas yang boleh diukur beratnya iaitu 4.25 gram dan dirham seberat 2.975 perak murni. Semua boleh diukur dan ditimbang. Bagaimana Prof. mengukur dan menimbang 1 ringgit?

Ya, wang itu hanya medium bukan matlamat. Namun ingat, kita memerlukan medium yang betul untuk sampai kepada matlamat yang dikehendaki oleh pemilik empunya matlamat, Allah!
______________________________

Solan sederhana, siapa yang menetak nilai pada wang kita? Bank! Dan inilah yang ditulis, "Mata wang ini sah diperlakukan dengan nilai ..." Maknanya ia dipaksa dan disahkan. Inilah janji dan kertas hutang.

Rasanya, inilah yang saya katakan, ramai daripada kalangan kita [ilmuan] semacam tidak mengenal matawang sebenar. Dinar dan Dirham bukan isu sempadan yang dipolitikkan. Ia matawang yang boleh diukur dan ditimbang. Ia matawang yang tidak mengenal kebangsaan. Penggunaanya tidak mengenal batasan geografis.

Saya tidak mahu dengan wang yang Tuan maksudkan dalam redaksi terakhir sebab itu menunjukkan saya "buta" dengan matawang saya sebenar. Hanya orang buta yang tidak tahu dan mengenal langsung matawang sebenarnya yang berjaya ditutup dengan sistem kapitalis yang ada. Dan hanya buta pula yang mahu beralih dari wang kertas ke wang kertas yang dicetak sendiri!


Dan semoga ilmuan itu tidak memilih diam seribu bahasa!

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment