ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, March 12, 2012

Petua menyemarakkan perkahwinan

Melayari bahtera perkahwinan mcm2 dugaan menlanda....kte hanya manusia biasa n x terlepas dr melepaskan emosi terlampau spt marah, mengamuk, bertengkar......yang menjadi mangsa ialah anak2.....n kehidupan hari2 n perasaan syg tu makin hambar kan?oleh itu kte buang yg keruh ambil yg jernih....sama2 perbaiki segala kekurangan yew? kt cni aku nk kongsi tips2 dalam melayari dunia perkahwinan....mari kte sama2 muhasabah diri.....mari kte berkapel semula dgn suami kte....mari kite bercinta dgn suami kte...bercinta mcm berkenalan dulu...br hot! (n_n)....mari kte menjadi pasangan yg cantik luar dan dalam....


Untuk menyemarakkan perkahwinan anda suami dan isteri seharusnya mencuba petua-petua ini:-

1-Bisikan kasih sayang sekerap mungkin pada suami/isteri dengan perkataan "AKU SAYANG PADAMU (I LOVE YOU)" atau menggunakan kata-kata yang manja yang lain.

2-Sentuhan sayang pada setiap masa, seperti mencium pipi atau dahi sebelum meninggalkan rumah atau berpisah seketika.

3-Beri hadiah dan beri penghargaan pada hari-hari istimewa seperti hari lahir atau hari ulang tahun pertemuan, perkahwinan atau apa sahaja hari istimewanya atau hari istimewa bagi anda berdua.

4-Sentiasa memberi jelingan manja ketika berdua-duaan dan senyuman mesra ketika bersama keluarga.

5-Penuhi hari-hari anda berdua dengan gurauan dan kemesraan dengan si dia sehingga si dia merasakan dirinya benar-benar yang istimewa bagi anda.
Jujur dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan sama ada perkara yang anda suka atau sebaliknya.

6-Berbincang dan bekerjasama dalam apa jua yang dilakukan.

7-Terokai 99 titik geli isteri, seperti telinga, leher, pinggang, paha dan lain-lain lagi. Seorang lelaki/suami haruslah mengetahui 99 titik ini.

8-Berbual mesra, berdua-duaan dan luahkan rasa tidak puas hati dengan penuh diplomasi. Jangan sehingga si dia merasakan teguran anda menghina dirinya.

9-Sajikan makanan dan minuman kegemarannya. Tunjukkan kemahiran anda memasak sehingga membuatkan dia tidak berselera untuk makan di luar.

10-Jadikan model untuk ikutan pasangan lain, sehingga si dia merasakan dirinya beruntung memiliki anda.

11-Nyanyikan lagu kegemarannya. Ciptakan puisi untuknya.

12-Bersamalah ke majlis keilmuan, sosial atau bersukan sambil berkenalan dengan kawan-kawannya. Tetapi haruslah menjaga imejnya dihadapan kawan-kawannya.

13-Berikan urutan jari-jemari sehingga 10 minit setiap hari, tanpa dipintanya untuk melakukannya.

14-Bertanyalah pada pasangan anda, perkara-perkara yang disukainya atau/dan perkara yang dibencinya/mendukacitakannya.

15-Bebaskan tempat tidur dari gelanggang pergaduhan.Jangan berleter, tetapi cuba bersikap tenang. Sabar dalam satu-satu tindakan yang memeningkan kepala anda.

16-Selalulah bersembahyang berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari bersamanya.

17-Lakukan berbulan madu setiap tahun ke tempat yang menjadi kesukaan anda/si dia atau tempat yang pernah mencipta kenangan yang indah antara anda berdua.

18-Selalulah tanamkan dalam diri anda bahawa perkahwinan anda adalah untuk seumur hidup dan bukannya sehari dua.

19-Bentengkan perasaan cemburu dari mengetuk pintu hati anda/si dia. Jika timbul juga, cuba nyatakan/jelaskan padanya dengan baik.

20-Jangan abaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pasangan anda.
Senaraikan keharmonian, kehangatan setiap masa seperti hari pertama anda mengenali pasangan anda. Sesekali ceritakan padanya supaya si dia turut mengingatinya bersama anda.

21-Bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi dengan menunjukkan rasa penuh kepuasan. Jangan memperkecilkannya dan membandingkan pemberian si dia.

22-Sentiasa inginkan perubahan positif yang meliputi kehidupan seharian.

23-Jadikan keluarga anda seperti jutawan yang hebat. (Bukan sahaja di dunia malah di akhirat).

24-Usap dan kucup dahi pasangan anda sambil mengucapkan "TERIMA KASIH" setiap kali dia memberi sesuatu atau melayan anda dengan baik.

25-Tamatkan perbualan harian sebelum masuk tidur.

26-Adakan kesempatan memberi 'suprise' atau kelainan kepada pasangan anda.
Ghairahkan keseronokan seksual, adunkan dengan resepi dan kaedah yang digemarinya. Seorang isteri seharusnya tahu bentuk seks yang diingininya. Jangan biarkan fikirannya menerawang entah kemana. Contohnya kebimbangan terhadap mengandung. Tetaplah berbincang dengan suami apakah kaedah yang perlu digunakan.

27-Ghairahkan seks mental sepertimana ghairahkan biologikal.

28-Puji pasangan anda setiap kali sesuatu yang baik dihasilkan.

29-Bantulah pasangan melakukan kerja di rumah jika ada waktu kelapangan.

30-Tunjukkan sesuatu kebolehan dan kemahiran yang luar biasa anda kepada pasangan anda yang selama ini tidak disedarinya.

31-Jangan memperkecilkan pendapat dan perbuatannya. Sentiasalah mendengar idea-idea pasangan anda dengan teliti sebelum membuat keputusan.

32-Tunjukkan minat anda dengan penuh kesabaran dan cuba belajar menyukai apa yang pasangan anda sukai.

33-Berkomunikasilah secara yang berkesan, jelas dan jujur.

34-Jangan menghancurkan sesuatu kepercayaan yang diberikan si dia kepada anda.

35-Bermurahlah dengan kemaafan. Jangan sekali-kali berdendam atau membalas kesilapan yang dilakukannya. Anggaplah setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.

36-Pimpin dan genggam tangan pasangan anda dengan erat walaupun di hadapan anak-anak atau ahli keluarga yang lain.

No comments:

Post a Comment