ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, March 9, 2012

DYMM ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH (SULTAN KEDAH KE-26)


Sultan Abdul Hamid turut mengambil berat soal perkembangan agama Islam. Sekembali dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir. Baginda mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir. Baginda telah menubuhkan Majlis Ulama, mengusahakan pembinaan Madrasatul Hamadiah di Limbung Kapal dan memperkenan pembinaan Al Ma'hadi Mahmud (Maktab Mahmud) di Jalan Pegawai. Selain itu, baginda telah memperkenalkan jubah untuk dipakai oleh kakitangan masjid.salah seorang daripada 2 Sultan di Tanah Melayu yang bertaraf wali. Merupakan anak kepada seorang Sultan di Terengganu. Mempunyai perwatakan yang amat tegas bila berkaitan tentang hal ehwal ugama. Merupakan sahabat akrab dunia akhirat kepada Syeikh Ibrahim Al Mardani Gunung Jerai. Peristiwa "titi senget" mengisahkan pihak British telah membina jambatan baru untuk ke pekan Alor Setar lalu menjemput Baginda untuk merasmikannya. Pabila Almarhum Baginda tiba di jambatan baru itu, baginda memberitahu pihak British bahawa jambatan tersebut tidak kukuh. Sudah pasti pihak British tidak sependapat dengan pandangan Almarhum Baginda. To prove His Highness point, Almarhum Tuanku memijakkan kakinya ke jambatan tersebut lalu sengetlah jambatan itu sehinggakan jambatan itu tidak lagi boleh digunakan.Pada tahun 1904, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Majmuk Ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam. Majmuk ini mengandungi 12 orang ulama dengan dipengerusikan olen Haji Wan Sulaiman sementara Haji Abdullah Fahim (Pak Him) selaku setiausahanya. Ulama-ulama lain yang menganggotainya termasuklah Sheikh Muhammad Khayat, Sheikh Jarum Derga (Haji Wan ldris Wan Jamal), Haji Ahmad Awang, Haji ldris Ayer Hitam, Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau), Haji lbrahim Paya Sena, Haji Muhammad Arif Sungai Nonang dan Haji Hussain Nasir Al-Banjari (Tuan Hussain Kedah). Majmuk ini berkumpul setiap malam Jumaat di Masjid Zahir untuk bermuzakarah hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.
DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah diputerakan pada 4hb. Jun 1864. Baginda ialah Sultan Kedah yang ke-28 dan memerintah dari tahun 1882 sehingga 1943. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan Kedah pada 21hb. Januari 1882 ketika baginda berusia 19 tahun, setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah.Pada tahun 1904, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah menubuhkan Majmuk Ulama untuk membantu baginda mengatasi sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan agama Islam. Majmuk ini mengandungi 12 orang ulama dengan dipengerusikan olen Haji Wan Sulaiman sementara Haji Abdullah Fahim (Pak Him) selaku setiausahanya. Ulama-ulama lain yang menganggotainya termasuklah Sheikh Muhammad Khayat, Sheikh Jarum Derga (Haji Wan ldris Wan Jamal), Haji Ahmad Awang, Haji ldris Ayer Hitam, Haji Muhammad Saman (Keramat Serban Hijau), Haji lbrahim Paya Sena, Haji Muhammad Arif Sungai Nonang dan Haji Hussain Nasir Al-Banjari (Tuan Hussain Kedah). Majmuk ini berkumpul setiap malam Jumaat di Masjid Zahir untuk bermuzakarah hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam.Sultan Abdul Hamid turut mengambil berat soal perkembangan agama Islam. Sekembali dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir. Baginda mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir. Baginda telah menubuhkan Majlis Ulama, mengusahakan pembinaan Madrasatul Hamadiah di Limbung Kapal dan memperkenan pembinaan Al Ma'hadi Mahmud (Maktab Mahmud) di Jalan Pegawai. Selain itu, baginda telah memperkenalkan jubah untuk dipakai oleh kakitangan masjid.

No comments:

Post a Comment