ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, February 7, 2012

Alam Rumahtangga

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi".

Setiap orang mempunyai pandangan tersendiri tentang institusi perkahwinan.
Hal ini sudah semestinya mempunyai perkaitan rapat dengan istilah kekeluargaan.
Deskripsi perkahwinan secara umumnya adalah berkenaan penyatuan antara dua jiwa dalam meneruskan kehidupan yang berperanan untuk melahirkan pewaris di masa hadapan.
Dewasa ini, sering kedengaran tentang isu keruntuhan rumahtangga sama ada ia melibatkan golongan dikenali (public figure) mahupun di kalangan masyarakat setempat di sekeliling kita.

Perkataan 'kahwin' merujuk kepada ikatan atau pertalian keluarga yang dijalinkan melalui upacara tertentu dengan melibatkan dua pihak keluarga.
Namun pemahaman tentang institusi kekeluargaan itu sendiri tidak diambil berat menyebabkan pertelingkahan sehingga terputusnya jalinan atau pertalian keluarga. 
Pelbagai ragam dapat kita lihat.

Secara umumnya perkahwinan bermakna pasangan suami dan isteri yang tinggal bersama-sama di bawah satu bumbung dan bersedia untuk berkongsi segala suka-duka yang bakal ditempuhi dalam meneruskan kehidupan.
Namun yang demikian, ada juga pasangan yang sudah berkahwin itu tidak dapat bersama atas masalah-masalah tertentu.

Perihal perkahwinan ini sebenarnya menuntut kita untuk mendalami serta memahami tentang kesungguhan dan kesediaan dalam membina sebuah institusi kekeluargaan.
Pengetahuan dari segi agama dan kemasyarakatan adalah amat penting sebelum sesebuah institusi perkahwinan itu dapat diteruskan dengan berkesan. 
Persediaan dari segi rohaniah dan lahiriah adalah perkara asas yang perlu dititikberatkan sebelum seseorang individu itu memulakan institusi keluarga.
Persediaan rohaniah bermaksud pengetahuan tentang hukum-hakam dalam rumahtangga.
Seharusnya setiap individu itu perlu mengetahui dan memahami segenap perkara yang dituntut dan yang ditegah bagi memastikan institusi perkahwinan yang dibina itu terus teguh.

Jika pegangan agama itu kuat, insya-Allah institusi perkahwinan juga akan lebih utuh dan secara tidak langsung mentaliti tentang istilah sebenar dalam membina institusi perkahwinan juga akan lebih difahami.
Berbicara tentang kesediaan dari aspek lahiriah, kecergasan fizikal adalah perkara yang perlu diutamakan.

Kecergasan dari segi fizikal secara umumnya dapat menjamin dari segi kewangan.
Dalam institusi perkahwinan, isu berkaitan kewangan juga adalah suatu perkara yang menjadi faktor dalam aspek pengukuhan.
Dengan kewangan yang kukuh sesebuah institusi kekeluargaan yang dibina itu juga bakal menemui kebahagiaan.

Namun harus diingat, dalam memenuhi tuntutan ini, kita harus peka akan sumber pencarian kita itu diperoleh dari sumber yang benar dan halal.
Jangan terlalu leka dalam pencarian duniawi sehingga melupai hal-hal yang membawa keberkatan.

Mari kita renungi bersama.
Dalam membina sesebuah institusi keluarga yang diredhai, kita harus sedar bahawa kita sebenarnya menjalankan serta menunaikan satu kewajipan berupa amanah daripada Yang Maha Esa.

Pembentukan sesebuah institusi keluarga itu akan terus berkesinambungan dari generasi ke generasi.
Pendidikan tentang membina keluarga yang bahagia harus ditekankan dalam diri anak-anak yang bakal mewarisi perjalan kehidupan ini.
Di sini dapat kita lihat bahawa peranan ibubapa itu amat penting dalam mendidik zuriat kurniaan Ilahi agar mementingkan keutuhan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Sekian.
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah S.W.T. telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah S.W.T. dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya..." - Surah An-Nisa' ayat 34
Syurga bagi isteri itu terletak di bawah telapak kaki suami.

"Tanpa Keberanian, Mimpi Takkan Bermakna".
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."



AKHIR ZAMAN,,

''Akan muncul dalam kalangan umatku pada akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu pintu masjid. Wanita wanita mereka (isteri atau anak anak perempuan) mereka, berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula terdapat bonggolan seperti bonggol unta yg lemah gemalai.Oleh sebab itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita wanita yang terlaknat.'' (Riwayat Ahmad)

PETUNJUK DARI ALLAH..

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. [Surah Al-An’aam]

DUNIA SEMENTARA..

Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:Jika engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang; dan apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. (Riwayat Al-Bukhari)

BERDOALAH SELALU PADANYA..

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)

KEAGUNGAN PENCIPTA KITA..

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmuAllah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 255)

KATA KATA HIKMAH..

"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan"

WHEN WILL WE EVER RELAX?

The Story from Imam Ahmad bin Hanbal : His son, Abdullah, asked his father one day: “Abi when will we ever relax?” His father, one of the greatest revivers of the Sunnah and a role model for all Muslims, looked him in the eye and said: “With the first step we take into Jannah.'' 

UJIAN DARI ALLAH..

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." Al Baqarah Ayat 214

CIPTAAN-NYA INI TIDAK SIA-SIA..

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

PESANAN RASULULLAH..

"Jadilah engkau didunia ini seolah-olah engkau orang asing atau orang yang lewat (lalu) di jalan (musafir. Ketika engkau berada di waktu petang janganlah menanti waktu pagi dan ketika di waktu pagi janganlah engakau menanti waktu petang, dan pergunakanlah kesihatanmu untuk sakitmu dan pergunakanlah hidupmu untuk matimu"
Pesanan Rasulullah kepada Ibnu Umar R.A

ORANG HATINYA HIDUP..

Orang yang hatinya hidup. Perasaannya hidup dengan Tuhan. Apa erti perasaan hidup dengan Tuhan. Sering memikirkan dosa dengan Tuhan. Takut dan cinta dengan Tuhan. Selalu rasa bersalah. Walaupun dia beribadah tapi dia rasa tidak sempurna. Dia rasa dia dalam kebesaran Tuhan. Dapat nikmat dia rasa bersyukur dan rasa malu dengan Tuhan. Dia terasa lemah bila berhadapan dengan Tuhan. Melihat alam semesta terasa kebesaran Tuhan. Melihat orang membuat baik merasakan dia perlu berbuat baik. Melihat orang membuat jahat. Dia rasa bersyukur kepada Tuhan kerana selamat daripada kejahatan. Dia rasa kesihan dengan orang itu...

DUNIA: SETAKAT MANA?

" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

HIDUP DI DUNIA..

"Tanda cintakan Allah adalah cintakan Al-Quran. Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi SAW. Tanda cintakan Nabi SAW adalah cintakan sunnah baginda. Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cinta Hari Akhirat. Tanda cintakan Hari Akhirat ialah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci DUNIA. Dan tanda benci DUNIA adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup" : Sahl bin Abdullah

INGATILAH PENCIPTA KITA...

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.(Al-Baqarah: 186)

DUNIA ATAU AKHIRAT...

"Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia dari kehidupan akhirat? Tidaklah kehidupan dunia melainkan kesenangan yang sedikit jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat" Surah At-Taubah ayat 38

PENCINTA ALLAH ITU IALAH..

"Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)

ALAM SYURGA ATAU NERAKA..

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran 3: 185)

DEMI MASA SESUNGGUHNYA..

Hidup ini adalah perjuangan. Jadikanlah dunia ini sebagai sahabat kamu untuk mendapatkan syurga. Janganlah kamu meninggalkannya. Kuasailah pelbagai bidang di mana dengannya kamu dapat memakmurkan bumi. Hanya di tangan orang-orang soleh dan solehah dunia ini akan menghentikan tangisannya.

No comments:

Post a Comment