ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, September 22, 2011

Petua Untuk Ketenangan Jiwa atau Fikiran
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.



Sesiapa yang mewiridkan ayat 1000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan Solat Fardhu 5 waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.


Petua Untuk Ibu Bapa
• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surah al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.






Petua Untuk Mengawal Kemarahan


Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri.

1. Sebelum melepaskan kemarahan, cuba berfikir apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara. Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2. Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda itu meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar, lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil, lebih baik lupakan saja.

3. Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4. Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5. Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6. Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7. Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.
8. Jika semua panduan ini belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada teman-teman atau pakar kaunseling, agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.

No comments:

Post a Comment