ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Thursday, August 25, 2011

Punca segala dosa adalah tiga perkara, iaitu:

1. Keangkuhan/Ego. Inilah yang menjadikan Iblis sebagaimana sekarang.

2. Keinginan/Kehendak. Inilah yang mengeluarkan Nabi Adam a.s. dari syurga.

3. Hasad/Iri Hati. Inilah yang mencetuskan pergaduhan antara dua orang anak Nabi Adam a.s.

Sesiapa yang menjauhi tiga perkara ini, maka sesungguhnya dia telah mencegah kejahatan dan keburukan. Ketahuilah, kufur itu berasal daripada keangkuhan/ego. Maksiat berpunca daripada keinginan/kehendak yang tidak terbendung. Kezaliman dan perbuatan yang melampaui batas itu terhasil daripada hasad/iri hati.


[Usul al-Khotoya, al-Fawaid, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah]

No comments:

Post a Comment