ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, August 16, 2011

Petua Untuk Menangani Anak-Anak Yang Suka Berkelahi
Setiap hari ketika ibu-ibu sedang rileks, mengemas atau melipat pakaian anak-anak atau suami, amalkan ini:
1.Istia'dzah
2.Basmalah
3.Syahadat/Mengucap 1 kali
4.Selawat 3 kali
5.Al Fatihah 1 kali
Kemudian niat di hati: "Ya Allah engkau satukan hati anak-anakku sesama mereka dan juga hatiku sama suamiku dengan rumahtangga yang aman dan bahagia dengan izinMU"






Rawatan Untuk Wanita Bersalin



Kelebihan seorang wanita yang dikurniakan oleh Allah  S.W.T. ialah melahirkan anak. Semasa proses melahirkan banyak urat saraf yang halus terputus dan banyak tenaga telah hilang. Justru itu  urutan adalah salah satu rawatan yang bertujuan memulihkan kembali  sistem saraf yang terganggu dan melancarkan peredaran darah bagi mengembalikan tenaga yang telah hilang. Dalam urutan bagi ibu yang bersalin  ialah menggunakan bedak panas yang dinamakan param yang mengandungi campuran cekur, jerangau, bonglai, halia bara, lempoyang, daun pulut-pulut, ubu karot, kunyit dan daun pegaga yang disapu di seluruh badan. Bedak panas ini  berfungsi menghalang kemasukan angin ke dalam badan melalui liang-liang roma.  Param ini dapat menghaluskan  dan menegangkan kulit serta memutihkannya. Bagi wanita yang mengamalkan penggunaan param ini akan kelihatan berseri-seri selepas habis pantang.

Biasanya urutan dilakukan dari bahagian  kepala dan menurun hinggalah ke bahagian kaki kerana dipercayai bahagian panas bermula dari kepala. Urutan boleh dilakukan  sebanyak 3 kali, 5 kali atau 7 kali mengikut kemahuan ibu yang bersalin. Selepas berurut ibu-ibu  akan dipakaikan bengkung yang boleh membantu mengecilkan perut walaupun tidak seratus peratus seperti sediakala. Bengkung ini boleh mengembalikan perut  sebanyak 90 %  ke asalnya. Bengkung ini akan  di pakai selama 44 hari kerana dengan menggunakan bengkung ini akan menjadikan gerak-geri  lebih yakin dan selesa dan  kedudukan rahim   akan  lebih tetap.

Di dalam mandian daun-daun sirih,daun nangka, daun serai dan daun halia  akan dimasak  dengan  air untuk dijadikan herba mandian untuk mengelakkan sakit tulang dan badan akan sentiasa harum. Amalan bertungku pula adalah satu cara rawatan untuk mengecutkan rahim  dan disamping itu  boleh mengurangkan lemak-lemak di bahagian perut. Bertungku adalah ubat yang paling berkesan pada bahagian rahim.

No comments:

Post a Comment