ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Sunday, August 21, 2011

PESAN RASULULLAH KEPADA ALI



1. Wahai Ali, kamu dengan ku sama seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tiada lagi nabi selepas ku.
Pada hari ini aku berpesan kepada mu dengan satu pesanan yang jika kamu menjaganya, kamu akan hidup mulia & mati dalam keadaan syahid.
Allah pula akan membangkitkan kamu pada hari kiamat nanti sebagai orang yang fakih & berilmu pengetahuan.
2. Wahai Ali, sesiapa yang makan benda yang halal, agamanya menjadi murni & hatinya
menjadi lembut.
Tiada sekatan bagi doanya untuk dimakbulkan.
Sesiapa yang makan benda yang syubhah, agamanya menjadi celaru & hatinya menjadi gelap.
Sesiapa pula yang memakan benda yang haram, hatinya menjadi mati, agamanya menjadi rendah, keyakinannya menjadi lemah. Allah pula menyekat doanya. Ibadahnya menjadi kurang.
3. Wahai Ali, apabila Allah marah atas seseorang, Dia memberi rezeki daripada harta
yang haram. Apabila kemarahannya keatasnya bertambah, Dia menghantar syaitan sebagai wakil dengan memujinya lalu menjadi sahabatnya.
Syaitan menyibukkannya dengan dunia daripada agama. Dia memudahkan perkara-perkara dunia
sambil berkata *Allah maha pengampun lagi maha penyayang*.
4. Wahai Ali, tiada siapa yang bermusafir mencari perkara yang haram, melainkan ia berjalan
dengan syaitan sebagai temannya, & tiadalah ia menunggang kenderaannya melainkan syaitan
sebagai penumpang.
Dan tiada sesiapa pun yang mengumpul harta yang haram melainkan syaitan yang
memakannya. Tiada sesiapa pun yang lupa membaca nama Allah ketika berjimak
melainkan syaitan turut campur dalam urusan anaknya. Demikianlah firman Allah dalam surah Israk ayat 64 *dan turut campur dengan mereka dalam menguruskan harta benda & anak- anak mereka, & janjikan dengan mereka dengan janji-janji mu*.
5. Wahai Ali, Allah tidak menerima sembahyang melainkan ada wuduk, tidak juga
menerima sedekah daripada benda-benda yang haram.
6. Wahai Ali, seorang mukmin sentiasa bertambah pegangan agamanya selama mana mereka tidak makan benda yang haram.
Sesiapa yang menyisih diri daripada ulama, matilah hatinya dan menjadi buta daripada membuat
ketaatan kepada Allah yang maha tinggi.
7. Wahai Ali, sesiapa yang membaca Al Quran tetapi tidak menghalalkan benda yang halal & tidak mengharamkan benda yang haram didalamnya, ia termasuk dari kalangan
mereka yang membuangkan kitab Allah kebelakang mereka.

Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a. , ” Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya.
Penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa,
penyakit ibadah adalah riya’,
penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri,
penyakit berani adalah menyerang,
penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
penyakit tampan adalah sombong,
penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
penyakit malu adalah lemah,
penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
penyakit kaya adalah kikir,
penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan….”
Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda,
“Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu : rajin
beribadah ketika dilihat orang, malas ketika sendirian dan ingin
mendapat pujian dalam segala perkara. “
Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah, ” Ya Allah, jadikanlah
diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku
yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-katanya mengakibatkan
siksaan bagiku…”
Ketika ditanya bagaimana cara mengobati hati yang sedang resah dan gundah gulana, Ibnu
Mas’ud r.a berkata, ” Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke
majelis-majelis dzikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk
berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terobati juga, maka mintalah
kepada Allah SWT hati yang lain, karena sesungguhnya hati yang kamu
pakai bukan lagi hatimu…”

“Wahai Ali, ada 3 derajat, 3 penghapus dosa, 3 bencana,dan 3 penyelamat”.
Adapun ketiga derajat itu adalah ;
1. Melakukan wudhu yang sempurna tatkala udara dinginmenggigit
2. Menunggu datangnya waktu shalat berikutnyasetelah shalat, dan
3. Melalui malam dan siang dengan shalat jamaah.
Sedangkan ketiga penghapus dosa adalah ;
1. Menyebarkan salam,
2. Memberikan makanan,
3. Melakukan tahajud di malam hari ketika kebanyak orang sedang tidur.
Ketiga bencana yang dapat membinasakan adalah ;
1. Bersifat kikir,
2. Mengikuti hawa nafsu,
3. Merasa kagum atas diri sendiri.
Adapun yang terakhir, 3 hal yang akan menyelamatkan adalah ;
1. Takut kepada Allah baik saat sendiri maupun saat ramai,
2. Bersikap wajar ketika kaya atau miskin, dan
3. Selalu berkata benar saat suka maupun duka.”

No comments:

Post a Comment