ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Friday, August 19, 2011

Epilog Seorang Ibu


Anak,
Kamulah cahaya mata bonda,
Amanah daripada Allah,
Ujian buat seorang hamba.

Saat kelahiranmu anak,
Bonda tersenyum syukur,
Alhamdulillah
Subhanallah
Maha Suci Allah,
Rahmat terbesar buat bonda,
kini dalam dakapan.

Kehangatan kasih sayang,
akan menemanimu,
limpahan tarbiyah islamiah,
akan menjadi perisaimu,
kesederhanaan hidup
akan kita kongsi bersama
bonda tidak boleh menjanjikan apa-apa,
melainkan permata makrifat,
dan kesempurnaan pekerti,
pemberian berharga buatmu anak.

Bonda berteleku di hadapan Rabb,
memohon sepenuh hati,
menjadikanmu anak soleh,
jauhilah kamu dari kemurkaan-Nya,

Bonda tak pernah mengharapkan apa-apa,
cukuplah anak-anak bonda bahagia,
cuma satu, doakan buat bonda dan pada ayahanda
suami bonda,
"Wahai Tuhan kami,
Kau ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,
Dan Rahmatilah mereka sebagaimana kami dididik semasa kecil."

-Melur Puteh-

No comments:

Post a Comment