Teknik memori simulasi
Teknik ini merupakan teknik belajar untuk memudahkan pelajar mengingat fakta terutama subjek sains dan subjek-subjek lain yang memerlukan daya hafalan yang tinggi. Pembelajaran secara membaca dan menghafal semata-mata menyebabkan pelajar mudah hilang fokus, bosan dan hilang minat untuk teruskan belajar. Malah, pelajar seringkali mengambil masa yang lama untuk mengulangkaji sesuatu topik tetapi input yang dapat adalah minimum.
Permasalahan ini dapat diatasi dengan memaksimumkan potensi pembelajaran melalui teknik memori simulasi ini. Kaedah ini amat menyeronokkan kerana pelajar diberi peluang dan ruang berfikir mengikut kreativiti mereka sendiri. Pelajar hanya perlu mengaitkan fakta pembelajaran dengan bayangan suatu simulasi. Pendekatan ini dibantu dengan gambar yang boleh dihubungkait dengan fakta pembelajaran.
No comments:
Post a Comment