ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, July 5, 2011

Petua Agar Kulit Muka Kembali Bermaya
Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap, lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.



Petua Supaya Suami Tidak Cari Perempuan Lain
1. Baca surah Ali Imran ayat 200, tiga kali dan tiup pada dada pasangan anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya pasangan anda setia pada anda.
2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.



BATUK BERPANJANGAN
Ambil sebiji bawang merah dan lumatkan. Selepas itu campurkan dengan satu sudu madu. Minum 3 kali sehari.



Petua Untuk Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering dan basuh dengan air bersih.



Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.




No comments:

Post a Comment