ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Tuesday, June 7, 2011

Petua Untuk Meluaskan Rezeki

Membuang Lemak Badan
Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan.



Petua Penawar Gatal
Sekiranya ada masalah gatal pada kulit dan kelenkang, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan ke dalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.



Mencegah Kerutan di Wajah
Untuk menghindari kerutan di wajah yang datang lebih dini, basuhlah wajah dengan air kelapa.



Petua Melegakan Batuk Bayi/Kanak-Kanak Berkahak
1. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan
2. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak
NOTA: Cara membuat minyak bawang: Potong kecil-kecil bawang merah dan campurkan dengan minyak masak.



Elakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin
Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari ke 4 sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa.



Petua Mencuci Hati
1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur – Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.




Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.”  Riwayat At-Tabrani

Huraian Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain.
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam.
iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T. Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.
Petua Perubatan Islam Menghilangkan Rasa Pening Kepala
Setiap kali mandi, anda haruslah mengambil air dari hujung rambut anda. Ambil air tersebut sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat ke atas Nabi. Anda akan merasai perubahannya.





DOA Untuk Mengelakkan Sakit Kepala
Baca ayat Al-Waqiah (Ayat 19). Moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan sakit kepala.

No comments:

Post a Comment