Sabar dengan Kerenahnya – Kadang-kadang mungkin suami/lelaki berasa tertekan sebab masalah di tempat kerja ataupun dia berjauhan dari anda, ataupun masalah lain. Kalau ini terjadi, sabar sahaja. Sebaliknya, buat sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalahnya.
Petua Memantapkan Lagi Tubuh WANITA
1. Rajinlah minum air akar kayu untuk buang angin.
2. Rajin Urut untuk melancarkan perjalanan darah
3. Amalkan minum jamu yang sesuai
4. Bersenam selalu
Petua Menaikkan Seri Muka
Untuk menaikkan seri muka, anda boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar . Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, al Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Tanda-Tanda Anda Tidak Mempunyai Keterampilan Diri
1. Malu pada diri anda sendiri
2. Lebih bergantung kepada orang lain
3. Tidak suka berkawan
4. Takut untuk menjalinkan hubungan
5. Suka merendahkan diri anda sendiri
Menghalau Lalat
1. Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. Kemudian, letakkan daun kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan.
2. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.
Petua Memantapkan Lagi Tubuh WANITA
1. Rajinlah minum air akar kayu untuk buang angin.
2. Rajin Urut untuk melancarkan perjalanan darah
3. Amalkan minum jamu yang sesuai
4. Bersenam selalu
Petua Memagar Diri Sendiri
Waktunya: Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya:
1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.
2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).
3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan kita ada satu tembuk yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi, hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.
4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali ke 2 bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5) Untuk permulaan amalkan amalan ini 1 bulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada Allah s.w.t.
Untuk menaikkan seri muka, anda boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar . Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, al Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Petua Memuji Isteri Agar Bertambah Sayang Pada Suami
1. Jangan puji isteri sepanjang masa. Ertinya, jangan puji isteri dari mula baru-baru kahwin. Cara yang lebih baik ialah, mula-mula tunjukkan bahawa kita tidak berapa suka dengan perkara yang hendak dipuji itu. Sebagai contoh, walupun masakannya sedap, tetapi kritik sedikit masakannya. Katakanlah karinya itu sedap tetapi terlalu "pekat". Di lain masa, barulah puji. Pujian seperti ini akan membuat si isteri sangat seronok mendengarnya. Dia boleh bertambah sayang kepada suaminya.
Menurut pakar psikologi, ada 3 faktor mengapa kita lebih menyukai orang yang mula-mula mengkritik kita tetapi kemudian memuji kita, dibandingkan dengan orang yang memuji kita sepanjang masa. Apabila dahulu orang itu mengkritik kita, tetapi sekarang dia memuji kita pula, perbuatannya itu membuat kita rasa yakin mesti ada sesuatu yang kita buat, atau kita lakukan, yang menyebabkan orang itu mengubah sikap negatifnya kepada sikap positif terhadap kita. Keyakinan itulah yang membuat kita rasa bahawa kita sudah berjaya. Sebagai contoh, kita yakin dulu kita tidak pandai membuat kari kerana dia pernah mengkritik kari kita. Tetapi sekarang kita sudah berjaya membuat kari yang lazat, itu sebab dia memuji kari kita. Kita seronok apabila kita yakin kita sudah berjaya. Apabila kita seronok, kita akan menyukai orang yang menyebabkan kita seronok. Pujian dari orang itu membuat kita suka kepadanya. Jikalau orang itu ialah suami sendiri, alangkah tepatnya.
Walaupun isteri akan berasa seronok apabila dipuji sejak baru-baru mula-mula kahwin lagi, tetapi dia akan lebih seronok lagi apabila dia sangka dia dipuji oleh orang yang sangat cerewet, memilih-milih, kritis, serta lokek dengan pujian. Pendek kata, kalau tidak betul-betul baik, memang anda tidak akan memujinya. Jadi, kalau anda berlakon suka mengkritik dia, tetapi kemudian anda pura-pura suka kepada apa yang dibuatnya, isteri anda akan yakin bahawa anda seorang yang memilih-milih, cerewet, tak boleh lebih kurang dan cuma mahukan yang terbaik sahaja. Jadi, apabila anda puji, dia yakin dia sudah mencapai taraf yang amat tinggi sehingga anda sanggup memujinya. Perasaan itulah yang menyebabkan isteri anda jadi sangat seronok mendengar pujian anda. Pujiannya akan membuat dia tambah kasih kepada anda.
2. Petua memuji secara betul dan ikhlas akan mencipta kesan-kesan positif yang sangat penting ke atas isteri anda.
Antaranya ialah:
a. Isteri anda akan berasa dirinya sangat istimewa, berbeza daripada wanita-wanita lain.
b. Keyakinan dirinya akan naik dan keupayaannya akan meningkat. Hasilnya dia akan dapat meninggikan lagi prestasinya.
c.Keyakinannya terhadap diri anda akan bertambah teguh.
d. Dia bertambah yakin hubungan perkahwinannya masih kukuh.
e. Dia bertambah yakin dirinya masih anda sayangi.
f. Dia yakin cara-cara dia melayan anda adalah betul, sepertimana yang anda idamkan.
g. Estim dirinya meningkat.
h. Dia akan bersikap lebih terbuka kepada nasihat dan teguran anda.
1. Malu pada diri anda sendiri
2. Lebih bergantung kepada orang lain
3. Tidak suka berkawan
4. Takut untuk menjalinkan hubungan
5. Suka merendahkan diri anda sendiri
Menghalau Lalat
1. Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang mengerumuni tempat tersebut. Kemudian, letakkan daun kari itu di dalam gelas yang berisi air di sudut meja makan.
2. Ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibaskan pada lalat tersebut.
No comments:
Post a Comment