ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Sunday, June 12, 2011

PERUNDANGAN DAN KASIH SAYANG : PESANAN BUAT PEMERINTAH


Keadilan dan kasih sayang jelas terpancar dalam perundangan Islam. Hukum Qisas memberi ruang untuk membalas kejahatan manusia ke atasnya mengikut sekadar mana kejahatan itu dilakukan. Mereka tidak boleh membalas lebih dari kejahatan kerana ia akan melahirkan ketidakpuasan hati dan mencetuskan api dendam. Hakim memutuskan kesalahan tetapi kuasa tertinggi terletak pada mangsa sama ada mahu membalasnya atau memaafkannya. Kemaafan dijanjikan pahala yang besar di akhirat nanti. Ia mewujudkan kasih sayang.

     Perundangan Islam tidak membenarkan menghukum penjenayah yang melakukan kesalahan disebabkan tekanan hidup umpamanya pencurian. Jika si pesalah mempunyai bukti yang benar seperti tiada pekerjaan untuk menyara keluarga, beliau perlu dibebaskan dan kerajaan diwajibkan memberi pekerjaan kepada mereka.

     Perundangan Islam bukan bersifat menghukum tetapi mengubat dan mendidik pesalahdan masyarakat kepada kebaikan. Ia melahirkan masyarakat yang baik dan berkasih sayang. Hak mereka tidak dianiya sebagaimana perundangan yang diamalkan pada hari ini. Hakim tidak pernah mengetahui kenapakah si tertuduh mencuri tetapi hakim hanya melihat bukti dan menjatuhkan hukuman yang jelas tidak setimpal dengan kesalahan. Anak dan isteri kehilangan tempat bergantung apabila ayah atau suami dipenjarakan beberapa tahun. Mereka menjadi mangsa dari perundangan yang tiada ruh kasih sayang.

     Perundangan hari ini bukannya penyelesaian dalam melahirkan kasih sayang di kalangan masyarakat, malah membantu melahirkan kemarahan dan menyalakan api dendam. Mereka yang menentang perundangan Islam ialah mereka yang buta dan jahil dengan perundangan Islam. Pepatah mengatakan “Seseorang itu akan memusuhi apa yang tidak diketahuinya.”

     Mereka gerun dengan hukuman rejam dan potong tangan padahal ia adalah perkara teknikal yang boleh diamalkan atau ditangguhkan mengikut situasi zaman. Saidina Omar (r.a) sendiri tidak menjalankan hukum memotong tangan pada pencuri disebabkan faktor ekonomi pada zamannya. Hukum takzir dijalankan berdasarkan kebijaksaan seorang

     Hakim dalam memutuskan hukuman yang boleh memberi keinsafan kepada pesalah. Ia tidak semestinya penjara semata-mata walaupun kesalahan yang sama, ini disebabkan faktor sifat individu tadi yang dilihat Hakim. Hakim bertindak sebagai doktor yang ingin mengubah pesalah menjadi orang baik. Ada manusia yang berpuluh kali masuk penjara tetapi tiada berubah perangai. Ia perlu hukuman yang lain dan inilah keluasan perundangan Islam dan jelas memperlihatkan kebijaksanaan dan sesuai sepanjang zaman.

     Perundangan Islam penuh dengan keindahan dan keadilan, ia tidak statik, kaku, jumud dan buta seperti perundangan hari ini yang tidak menghiraukan perubahan semasa. Hukum tetap sama walaupun berlakunya suasana perubahan dalan ekonomi sosial Negara. Inilah kepincangan dan kelemahan undang-undang ciptaan manusia yang perlu ditolak dan digantikan dengan perundangan Islam yang adil, dinamik dan penuh dengan ruh kasih sayang dalam pengubatan penyakit masyarakat.


Jika berada dalam DERITA / KESEDIHAN amalkanlah membaca ayat Al-Kursi dan ayat 286 dalam surah Al-Baqarah maka Allah akan membantunya.


- Hadith Nabi riwayat Ibnu As-Sunni 

No comments:

Post a Comment