Apabila kita menyentuh persoalan tasbih ;
Pertama - Ia adalah sifat malaikat.
Kedua - Ianya adalah sifat alam.
1) Bersifat malaikat:FirmanNya yg bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah : 30)
2)Bersifat alam.
Seluruh alam ini sama ada yang ada di bumi atau di langit bertasbih pada Allah sebagaimana firmanNya :
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (As-Saff : 1)
Apabila manusia itu hanya menumpukan pada permasalahan tasbih dan ibadah yang khusus sahaja, mereka telah lari dari konsep tujuan mereka diciptakan. Ini disebabkan tugas tersebut telah dijalankan oleh para malaikat dan alam dengan begitu baik. Manusia memiliki kehebatan Ruh yang tidak ada pada malaikat dan alam. Ruh manusia bukan sahaja mempunyai kekuatan makrifat, kekuatan kecintaan padaNya, namun juga diberikan kekuatan fikir dan kehendak. Disebabkan dua perkara ini dalam diri ruh manusia, dengan sendirinya fungsi atau tugasnya amat berlainan dengan tugas makhluk yang lain.

No comments:
Post a Comment