Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.
Petua Untuk Memiliki Kulit Licin dan Mulus
• Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
• Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
Petua Merangsang Keistimewaan Anak
1. Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.
2. Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.
3. Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
4. Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.
5. Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.
Petua Merangsang Anak Agar Mendengar Cakap Ibu Bapa
1. Elakkan dari berleter. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lebih bersedia mendengar cakap ibu bapa jika disampaikan menggunakan tiga ayat atau kurang.
2. Tarik perhatian anak terlebih dahulu sebelum menyatakan sesuatu kepada anak.
3. Rangsang emosi anak sebelum memberi nasihat atau arahan. Emosi yang sesuai akan dapat merangsang tindakan.
Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak
1. Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Dengar ceritanya. Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.
2. Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah. Jadual harian di rumah. Tanggungjawab mengenai bilik tidur. Tanggungjawab membantu kerja-kerja di rumah.
Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi
1. Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
2. Pamerkan kasih sayang dengan jelas.
3. Puji anak secara khusus.
4. Berikan penerimaan & penghargaan sekerap yang mungkin.
5. Hormati kawan-kawan anak.
Ada golongan pelajar, profesional atau yang baru berjinak-jinak belajar hadith. Bahkan mengaku dirinya sebagai salafi. Bila berbicara tentang hadith atau hukum biasanya tidak lepas menggunakan kalam Imam Syafie. Mereka kata :Imam Syafie sendiri mengatakan ambil hadith sahih. Hadith Sahih itulah mazhabku. Ungkapan inilah yang selalu digunakan untuk membenarkan tindakan mengeluarkan hukum sendiri. Walaupun dirinya jahil dan tiada disiplin ilmu langsung untuk istinbath hukum. Bahaya sebenarnya memandai-mandai dalam perkara agama yang melibatkan hukum hakam. Sebab RasuluLlah sendiri telah bersabda yang bererti : Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ramailah sekarang ini yang berlagak seperti mujtahid. Bila berkata terus keluarkan hadith (itupun belum tentu ia menguasai bahasa Arab untuk tahu tentang hadith). Asal ada isu terus keluarkan hukum dari hadith. Bolehkah jadi ulamak dengan hafal dan baca 10, 100 hadith sahaja? Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya. Banyaknya perlu dihafaz hadith. 500,000 hadith dihafaz baru dikatakan sebagai faqeh. Itupun ulamak amat berhati-hati apabila mengeluarkan hukum walaupun sudah hebat dalam ilmunya. Contohnya : Imam Malik pernah berkata : Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)". Ibn al Qasim berkata : "Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti". Ibn Abi Layla pernah berkata :"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor. Hebat betul ulamak dan para sahabat zaman dahulu, mereka amat warak (berhati-hati) sebab takut untuk mengeluarkan hukum. Takut berdusta atas ALlah dan RasulNya. Ini halal dan ini haram hak siapa untuk berkata? Sedangkan ALlah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya : "Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." (an-Nahl: 116) Berbalik pada persoalan mengenai kalam Imam Syafie yang selalu digunakan oleh golongan tertentu untuk membenarkan tindakannya. Sebenarnya kalam Imam Syafie ini perlu difahami melalui ulamak yang mengikut mazhab syafie juga. Sebab mereka lebih arif dan mendalami apa pengertian sebenar kalam Imam Syafie yang dimaksudkan. Imam Syafie ada menyatakan :Apabila hadith itu sahih maka itulah mazhabku Penjelasan :Apa yang telah diucapkan oleh Imam Asy Syafie bahawa bila hadith itu sahih maka itulah mazhabnya. Ini bukan bererti bahawa kalau melihat suatu hadith sahih seseorang itu boleh menyatakan bahawa itu adalah mazhab syafie dan boleh diamalkan menurut zahirnya. Apa yang tersebut di atas hanya ditujukan bagi orang yang sudah mencapai darjat ijtihad dalam mazhab Syafie sebagaimana telah kami terangkan sifat-sifatnya atau yang mendekati sifat tersebut. Adapun syaratnya ialah ia harus mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Imam Syafie rahimahuLLah belum pernah menemukan hadith tersebut atau tidak mengetahui kalau hadith itu sahih. Untuk mengetahui hal ini, ia harus menelaah semua kitab Imam Asy Syafie dan kitab-kitab para ulama pengikutnya. Sudah tentu syarat ini sangat sulit dan jarang dapat dipenuhi. Adapun diisyaratkan demikian kerena Imam Syafie RahimahuLLah sendiri sering meninggalkan (tidak mengamalkan) hadith-hadith yang telah dilihat dan diketahuinya dan menurut pendapatnya bahawa hadith tersebut cacat dalam riwayatnya. atau maknanya sudah dinasakh, ditakhsis, ditakwil atau sebab lainnya. Al Majmu' Syarah Al Muhazzab, Jilid I, hlm 64. Sekarang sudah jelas bukan? Perkataan Imam Syafie itu ditujukan untuk individu yang mencapai taraf mujtahid. Hendak jadi mujtahid bukan calang-calang orang boleh memiliki taraf ini. Perlu mengikut disiplinnya. Sebagaimana nak jadi seorang doktor bedah, perlu ada mengikuti kursus-kursusnya, kena tahu tentang biologi, atonomi dalam badan, perkara yang berkaitan dengan saraf. Bolehkah siapa sahaja mengklaim dirinya sebagai doktor bedah? Dan kemudian terus melakukan pembedahan ke atas pesakit? Apa akan terjadi pada pesakit tersebut? Contohnya : pesakit A perlu dibedah pada tulang belakang, tetapi 'doktor bedah palsu' ini membedah pesakit dan mengeluarkan jantungnya. Jawabnya - tamatlah riwayat pesakit itu atas kejahilan 'doktor bedah palsu' terbabit. Kerosakan demi kerosakanlah yang dibawanya. Itu baru contoh doktor bedah. Bagaimana pula perihal hukum hakam agama yang diserahkan kepada bukan ahlinya? Jawapannya sudah ada diberikan di dalam hadith di atas pada permulaan bicara. JOM ISLAH!
Pilihan Petua Untuk Tegangkan Semula Payudara
1. Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian,sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 25 minit. Amalkannya 3 kali seminggu.
2. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.
3. Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa anda mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Kulit akan cerah, licin dan harum.
No comments:
Post a Comment