ilmuKU , duniaKU - menjana kepintaran melalui Al-Quran.
keep on reading & I will not stop blogging.

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Monday, May 2, 2011

Petua Memperoleh ZURIAT


AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal"  333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat


  1. Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi - untuk si suami
  2. Buat senaman batin tiap-tiap kali bangun tidur waktu pagi –untuk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat, apabila ke masjid.
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. Surah AlWaqiah selepas subuh
  6. Lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.
DIET PEMAKANAN
  1. Badam (Almond) 5 biji setiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda-benda masam, nenas, minuman bergas atau minuman yang berasid. Jangan makan seafood, boleh ambil spirulina setiap hari, makan sayur dan buah-buahan. Suami perlu banyak makan berasid seperti daging, ayam dan lain-lain.
  6. Jangan minum air kelapa
CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu, luruskan kaki kanan ke depan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri. Tarik nafas dalam-dalam (secara perlahan-lahan)
  4. Setelah nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula
  6. Lakukan 3 kali selama seminggu, setiap kali lepas sembahyang subuh.Jika betul caranya, peluh akan keluar walaupun baru buat 3 kali.
MASA BERJIMAK

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak dia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak dia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak dia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila anda keluar bermusafir dalam tempoh 3 hari 3 malam. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang ahli sihir, penipu dan menghendaki dunia daripada akhirat.

CARA BERJIMAK YANG DITUNTUT

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s. w. t

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak dia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkan (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga dia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.

6. Hari Jumaat selepas Aasar. Jika Allah mengurniakan anak dia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak dia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.




No comments:

Post a Comment